Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.al] | سوءال

Definisi : 1. soalan: ~ semacam itu tidak perlu dijawab; 2. hal atau perkara (yg sulit atau rumit), masalah: ~ wang perlu difikirkan sedalam-dalamnya; ~ tarian dan pelajaran mendapat tempat istimewa dlm perbualan kami; ~ pokok hal (perkara) yg penting atau utama; ~ selidik sejumlah soalan yg dikemukakan secara berterusan dlm borang tertentu utk dijawab oleh sebilangan orang dlm usaha mencari dan mengumpulkan maklumat ter­tentu; bersoal mengemukakan soal, bertanya; menyoal mengemukakan pertanyaan, mem­beri soalan, menanya: Siti ~ lagi apabila di­dapatinya soalan tadi tidak mendapat jawab­an; ~ balas menyoal seseorang yg memberi keterangan utk sesuatu pihak (pihak lawan dll) utk memastikan kesahihan keterangan yg diberikannya; menyoalkan menanyakan sesuatu kpd; mempersoalkan mengemukakan sesuatu sbg soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan: akhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang; soalan sesuatu yg ditanyakan (dlm pepe­riksaan dll), pertanyaan: jawab lima drpd tujuh soalan yg di bawah ini; ~ bocor soalan (peperiksaan, ujian dsb) yg sudah diketahui sebelum peperiksaan, ujian dsb dijalankan: mereka mendapat ~ bocor SPM drpd pe­muda itu; ~ ramalan soalan yg diramalkan akan keluar atau ditanyakan dlm peperiksaan, ujian dsb: dlm saat-saat akhir ini, Siti mahu memberi perhatian kpd ~ ramalan serta tip yg diberi oleh guru. persoalan 1. sesuatu yg dipersoalkan, masa­lah: semakin hari ~ wanita semakin menjadi bertambah menarik; 2. pembicaraan, per­bahasan, perbincangan; penyoalan perihal atau perbuatan menyoal atau menyoalkan: cerpen ini berakhir dgn ~ terhadap dirinya; penyoal orang yg menyoal atau menge­mukakan soalan: soalan yg dikemukakan oleh ~ itu sukar difahami oleh responden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.al] | سوءال

Definisi : 1 = soalan 1 apa-apa yg ditanyakan dlm peperiksaan dll; apa-apa yg me­merlukan jawapan; pertanyaan: Segala ~ ttg urusan bank akan dijawab oleh Encik Sanusi. 2 sesuatu perkara yg sulit atau rumit yg perlu diselesaikan; masalah: ~ wang, engkau jangan khuatir. bersoal memberikan soal; bertanya: ~ jawab saling memberikan soalan dan jawapan. menyoal mengemukakan soal (yg sulit-sulit); menanyakan sesuatu (dlm peperiksaan dll): Pihak polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki merompak. mempersoalkan menjadikan sesuatu sbg soal atau sbg masalah: Kita tidak boleh ~ hal-hal politik dlm majlis kita ini. persoalan sesuatu yg dipersoalkan; masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
soal
Kata Terbitan : menyoal, mempersoalkan, persoalan, soalan,

Puisi
 

Cik Salleh membeli pari,
     Campur seekor ikan tenggiri;
Toleh kanan kiri berdiri,
     Soal kubur datang mencari.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decadentmerosotSejarahTiada1. Kumpulan penulis Perancis dan Inggeris pada akhir abad ke-19 yang menekankan soal-soal abnormal dan tiruan atau yang dibuat-buat.,2. Perihal kemerosotan atau keruntuhan sesuatu daripada keadaan asalnya.
didacticismdidaktisismeKesusasteraanTiadaUnsur pengajaran dalam karya sastera yang memberi panduan, terutama dalam aspek moral, etika atau soal-soal keagamaan.
catechismsoal jawabSejarahTiadaPengajaran lisan secara soal jawab biasanya dalam kelas agama dan moral.
self-coding questionairesoal selidik swajelasPendidikanTiadaSoal selidik yang membolehkan seseorang mendapat maklumat tertentu secara langsung daripada jawapan responden tanpa perlu dihuraikan.
Position Analysis Questionnaire (P.A.Q)Soal Selidik Analisis Kedudukan (S.S.A.K)PentadbiranTiadaSoal selidik analisis kerja bersruktur yang terdiri daripada senarai soalan yang bertujuan untuk mengenal pasti unsur tugas.
food frequency questionnairesoal selidik kekerapan makananMakanan dan PemakananPemakananKaedah untuk mendapatkan maklumat deskriptif, sama ada secara kualitatif atau kuantitatif tentang pola atau kekerapan pengambilan makanan. Hasil daripada soal selidik ini, maklumat mengenai kekerapan kategori makanan yang dimakan oleh individu (seperti setiap minggu, hari atau bulan) akan diperoleh.
question and answersoal jawabKomunikasiKorporatProses komunikasi dua hala antara sumber degan penerima maklumat. Proses ini merupakan amalan asas pelaksanaan komunikasi bersemuka yang membolehkan kedua-dua pihak bersoal jawab bagi menjelaskan kenyataan dan persoalan yang kabut atau tidak mantap. Dalam komunikasi korporat, proses ini boleh berlaku semasa sidang media antara pihak pengurusan atasan dengan pihak media, antara pelanggan dengan pihak syarikat atau organisasi, dalam mesyuarat di peringkat jabatan, dan antara pihak pengurusan atasan dengan khalayak dalaman berdasarkan tempoh masa yang dipersetujui bersama. Selain menggunakan kaedah rasmi, soal jawab boleh berlaku melalui elektronik atau pertemuan di kaunter pertanyaan.
opinionairesoal pendapatPentadbiranTiadaTiada
questionnairesoal selidikPendidikanTiadaSatu instrumen yang digunakan dalam kajian untuk mendapatkan respons daripada sampel secara bertulis atau dengan menandakan butiran tertentu.
questionnairesoal selidikKejururawatanTiadaSenarai soalan yang diberi kepada subjek penyelidikan untuk memperoleh data.
123456789

Kembali ke atas