Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.fis] | سوفيس

Definisi : orang yg bijak menggunakan hujah yg menarik dan meyakinkan tetapi palsu dgn tujuan utk menipu atau memperdayakan se­seorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sofis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOFIS

Sofis ialah ahli pergerakan pendidikan di negara

kota Greece pada separuh kedua tahun 400-an

S.M. Sofis ialah guru yang berpindah-randah

sambil mengajar tatabahasa dan pidato umum,

iaitu perkara yang penting bagi demokrasi zaman

kuno seperti Athens. Mereka tidak berminat

dalam bidang pemikiran falsafah tentang sifat

fizikal alam semesta. Sebaliknya, mereka

mengkritik amalan moral dan agama yang

menjadi kelaziman serta memerikan kebaikan

sebagai kejayaan di dunia.

UMUM 

Kembali ke atas