Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.fis.ti.ka.ted] | سوفيستيکاتد

Definisi : 1. mempunyai cita rasa (pera­ngai, tingkah laku, pandangan, dll) yg tinggi dan halus, bersifat kompleks dan halus (tidak bersahaja dan sederhana), canggih: keadaan kehidupan berubah dgn cepat dan pe­ngalaman menjadi bertambah kaya, ~, dan menimbulkan cita-cita dan harapan baru; dia sudah berubah drpd seorang gadis yg sederhana kpd seorang gadis yg begitu ~ sekali; 2. mempunyai atau menunjukkan ciri­ciri dsb yg kompleks (moden, rumit, pelbagai, dsb), tidak ringkas atau sederhana, canggih: puisi Melayu moden mula mempunyai variasi dgn persoalan yg kompleks dan ~; muzik yg ~; mesin jahit model baru yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.fis.ti.ka.ted] | سوفيستيکاتد

Definisi : canggih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sofistikated


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rocaillerococoMuzikTiada

 Gaya muzik pada awal Zaman Klasik yang sofistikated dan berbunga-bunga. Istilah rococo dipinjam daripada seni bina Perancis pada akhir abad ke-17. Francis Couperin (1668 -1733) telah menghasilkan karya dalam gaya ini.

administrative changeperubahan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Proses penambahbaikan dan pengemaskinian pentadbiran organisasi. Perubahan pentadbiran boleh berlaku dalam organisasi dan persekitarannya. Perubahan ini berlaku dengan cepat atas desakan penyesuaian teknologi moden yang sofistikated sesuai dengan perubahan zaman. Aspek perubahan pentadbiran boleh dilihat dalam pembentukan dasar pentadbiran yang baru, gaya pengurusan, pendekatan yang terkini dan penggunaan pelbagai prasarana moden yang lebih efisien. Keberkesanan dari perubahan ini banyak bergantung kepada penyesuaian yang dibuat khususnya melibatkan penstrukturan hubungan kerja antara pentadbir dengan kakitangan bawahan.

style galantstyle galantMuzikTiadaGaya muzik yang berasal dari Itali pada awal Zaman Klasik. Muzik style galant mengutamakan frasa melodi yang berkala dan mempunyai banyak kadens. Tekstur galant bercirikan homofoni dan iringan harmoni yang tidak rumit. Gaya sofistikated dan halus merupakan perwatakan muzik jenis ini. Komposer style galant adalah seperti Leonardo Vinci (1694-1730), Giovanni Battista Pergolesi (1710-1736), Baldassare Galuppi (1706-1785) dan Giovanni Battista Sammartini (1701-1775).
civil service reformpembaharuan perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha memperkenalkan pelbagai bentuk perubahan dalam perkhidmatan awam yang dilakukan melalui penerapan nilai kerja yang baru dan teknologi moden. Reformasi perkhidmatan awam ini juga melibatkan pengenalan kepada sifat kerja yang lebih produktif, teknologi pentadbiran yang sofistikated, keutamaan kepada kualiti, pengurusan yang saintifik, perancangan strategik dan budaya kerja yang berteraskan teknologi maklumat. Perubahan peranan perkhidmatan awam juga bertujuan untuk memperbaiki sistem pentadbiran, meningkatkan kecekapan serta kepimpinan perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan pembangunan negara yang selari dengan tuntutan semasa. Melalui pembaharuan ini, peranan perkhidmatan awam sudah berkembang bukan sekadar untuk menjaga keamanan dan ketenteraman melalui penguatkuasaan peraturan dan undang-undang, tetapi juga menjadi agen pembangunan, perancang dan pelaksana pembangunan serta peneraju atau pelopor dalam usaha mencapai matlamat dan wawasan negara. Oleh itu, peranan perkhidmatan awam perlu sentiasa dikemaskini supaya selari dengan kehendak pembangunan negara. Contohnya, pengenalan kepada Program Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti dan Kualiti dalam Perkhidmatan Awam semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohammad.


Kembali ke atas