Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.kong] | سوکوڠ

Definisi : tiang yg dipasang condong utk me­nyangga sesuatu (supaya jangan rebah dll), junjungan, penjalaran (utk tumbuh-tumbuhan spt kacang panjang dll); ~ membawa rebah prb orang yg dipercayai itu sendiri yg ber­khianat kpd kita; menyokong 1. menyangga (menopang) se­suatu supaya jangan rebah atau roboh: be­berapa orang ~ dan memapah dia supaya jangan rebah; 2. menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan dll, memberi bantuan (tenaga, wang, dll), membantu: saya ~ penuh fikiran penulis itu; gerila kami ~ pembe­rontakan mereka; sokongan 1. sesuatu yg dijadikan sokong (tiang dll), tunjangan; 2. perbuatan menyata­kan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan (wang dll), pertolongan: tidak ada sebuah parti politik yg boleh kekal berkuasa tanpa ~ orang Melayu; ~ moral sokongan yg tidak berupa bantuan kebendaan tetapi yg mem­berikan perangsang (mengukuhkan semangat dsb); penyokong 1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, meno­long), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.kong] | سوکوڠ

Definisi : apa-apa yg dipasang utk me­nyangga sesuatu yg lain supaya tidak rebah. menyokong 1 menaruh sang­ga pd sesuatu supaya tidak rebah; menyangga; menopang. 2 memberikan bantuan (baik berupa wang mahu­pun tenaga dsb); membantu: Saya ~ usul saudara tadi. sokongan 1 hasil menyokong. 2 apa-apa yg diberi­kan sbg bantuan; pertolongan. penyo­kong 1 apa-apa yg digunakan utk menyokong; sokong. 2 orang yg mem­berikan sokongan atau bantuan; penolong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sokong (kata nama)
Bersinonim dengan tiang, sangga, topang, tunjang, galang, junjungan, penjalaran, tumpil;,
Kata Terbitan : menyokong, sokongan, penyokong,

Peribahasa

Pancing makan umpan.

Bermaksud :

Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sokong tindakan A. Samad SaidA. Rahim AbdullahMingguan Malaysia17.02.2008
Sokong bahasa MalaysiaEh Pon A/L Awang DinUtusan Malaysia07.08.2007
Sokong bahasa MalaysiaAnak DagangUtusan Malaysia07.08.2007
Sokong Samad Said bangkitkan pembayaran royaltiHaslinda NazarudinUtusan Malaysia17.05.2000
Sokong polemik penulisTiadaWatan01.01.1991
Sokong harga baru buku teksG. ManimaranUtusan Malaysia04.09.1996
Sokong pejuang bahasa MelayuMat SobrieHarian Watan11.09.1997
Sokong himpun penulisHadi SulongHarian Metro (Metrodua)05.05.1998
Sokong perkasakan bahasa MelayuAzlan MohamedUtusan Malaysia19.05.1998
Sokong larangan persembahan penyanyi La ToyaTiadaBerita Minggu11.02.1990
12345678910...

Kembali ke atas