Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.ko.ngan] | سوکوڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dijadikan sokong (tiang dll), tunjangan; 2. perbuatan menyata­kan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan (wang dll), pertolongan: tidak ada sebuah parti politik yg boleh kekal berkuasa tanpa ~ orang Melayu; ~ moral sokongan yg tidak berupa bantuan kebendaan tetapi yg mem­berikan perangsang (mengukuhkan semangat dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.ko.ngan] | سوکوڠن

Definisi : 1 hasil menyokong. 2 apa-apa yg diberi­kan sbg bantuan; pertolongan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sokong (kata nama)
Bersinonim dengan tiang, sangga, topang, tunjang, galang, junjungan, penjalaran, tumpil;,
Kata Terbitan : menyokong, sokongan, penyokong,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
non-partisan supportsokongan tidak berpihakSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bentuk sokongan yang tidak semestinya terikat dengan sesuatu pihak. Sokongan ini bersifat individu atau kelompok. Individu atau kelompok yang terlibat masih boleh membuat pemilihan dalam pilihanraya. Contohnya, sokongan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terhadap parti pembangkang atau pemerintah merupakan sokongan tidak berpihak.
battery backup systemsistem sokongan berbateri; sistem bateri sokonganKejuruteraanTiadaTiada
political supportsokongan politikPentadbiranPentadbiran Awam

Bantuan yang diberi dari sudut politik seperti kerjasama badan pemerintah, kelulusan permohonan dari pihak berkuasa, pemberian undi daripada orang ramai, pernyataan sokongan daripada menteri atau pihak berkuasa tempatan mahupun sokongan material kepada individu atau organisasi dalam sesuatu persaingan. Sokongan politik merupakan satu elemen penting bagi individu atau organisasi untuk berjaya. Sebagai contoh, dasar luar Malaysia yang menentang keras keganasan Israel di Timur Tengah mendapat sokongan politik daripada pelbagai pihak di Malaysia.

organisational supportsokongan organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Tindakan dan usaha yang dilaksanakan oleh pihak pentadbiran dan pengurusan atasan untuk menjamin kelangsungan serta kelancaran sistem pentadbiran sesebuah organisasi. Sokongan organisasi boleh dilihat dalam pelbagai bentuk, seperti sumber tenaga manusia yang mahir dan terlatih, kedudukan dan kekukuhan sumber modal, kelengkapan infrastruktur organisasi, bahan mentah atau material. Di samping itu, sokongan organisasi turut merangkumi bantuan sistem fail, pegawai pembantu atau pembantu penyelidik, fotokopi, mesin menjawab telefon, usaha mempertingkatkan dana, kemudahan internet, reka bentuk grafik, bilik sumber atau perpustakaan. Kemantapan dan kekuatan sokongan organisasi secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kecekapan sesebuah organisasi. 

clienteleklientelSains PolitikPolitik PerbandinganSekelompok masyarakat yang memberi sokongan atau taat setia kepada seseorang atau organisasi tertentu. Sokongan yang diberi bersifat tidak berbelah bahagi dan mereka ini akan diberi ganjaran oleh pihak yang menerima. Konsep ini pada asalnya merujuk kepada sekelompok masyarakat atau individu yang memberi undi kepada seseorang atau sesebuah parti bagi satu tempoh tertentu yang membentuk pula satu jaringan hubungan sosial. Hubungan ini melibatkan sama ada dua atau tiga lapis kelompok. Kelompok yang pertama ialah kelompok yang memerlukan sokongan yang disebut sebagai ahli politik, kelompok yang kedua diklasifikasikan sebagai ejen klientel yang akan bertindak menghubungkan kelompok pertama dengan kelompok ketiga yang dikenali sebagai klientel. Klientel dalam hubungan ini akan menyerahkan sokongan mereka kepada ahli politik melalui rundingan yang dibuat dengan ejen klientel dan sebagai balasannya ahli politik akan memberi imbuhan yang berbentuk khusus seperti pemberian kontrak, perniagaan atau kemudahan tertentu, bergantung kepada rundingan yang dicapai antara dua atau tiga pihak tersebut. Dari sudut sosiologi, hubungan timbal balik ini tidak dilihat sebagai suatu yang berbentuk rasuah. Sinonim kumpulan pelanggan.
victim supportsokongan mangsaKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk sokongan dan bantuan seperti kaunseling daripada pihak berwajib untuk mengurangkan kesan jenayah kepada mangsa.
abutment teeth;gigi tupangPergigianTiadaGigi sokongan yang digunakan untuk membuat jambatan atau prostesis boleh tanggal. Untuk membuat jambatan, gigi sokongan yang bersebelahan dengan kawasan gigi yang hendak digantikan akan dipotong sehingga berbentuk gigi kecil. Kemudian korona dibuat bagi menampung gigi yang hilang (pontik). Bagi membuat prostesis boleh tanggal, gigi tupang digunakan sebagai sokongan atau sebagai pemegang bagi prostesis tersebut.
family support rationisbah sokongan keluargaGerontologiTiadaNisbah kebolehdapatan sokongan wanita berumur antara 40 tahun hingga 59 tahun, yang sepatutnya menjaga ibu bapa berbanding dengan jumlah ibu bapa yang berumur antara 65 tahun hingga 84 tahun.
Balfour DeclarationDeklarasi BalfourSains PolitikHubungan AntarabangsaPerisytiharan sokongan Britain terhadap pembentukan negara Yahudi di Palestin. Deklarasi ini mengambil sempena nama Menteri Luar Britain, Arthur James Balfour yang mengutuskan surat sokongan kepada ketua persekutuan zionis Inggeris, Lord Rothchild pada 2 November 1917. Pernyataan sokongan ini menjadi dasar politik gerakan zionisme. Berikutan deklarasi ini, PBB bersetuju membahagikan Palestin kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian untuk Yahudi dan sebahagian lain untuk Arab Palestin. Pada 14 Mei 1948, mandat Britain ke atas Palestin berakhir dan pada masa yang sama Israel mengisytiharkan pembentukan negara untuk orang Yahudi di Palestin.
espousalsokonganSejarahTiadaPerbuatan yang memperlihat sikap seseorang yang sedia menerima kepercayaan, memberikan sokongan padu dan mempertahankan sesuatu yang menjadi pegangannya.
12345678910...

Kembali ke atas