Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.lo] | سولو

Definisi : 1. nyanyian atau lagu muzik yg di­nyanyikan (dimainkan) oleh seorang sahaja; 2. (tugas, persembahan, dsb) dilakukan secara berseorangan: penerbangan ~; nyanyian ~; 3. sendirian (spt melakukan sesuatu seorang diri): dia membuat larian ~ meninggalkan lawannya jauh di belakang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.lo] | سولو

Definisi : nyanyian, permainan muzik dll yg dinyanyikan, dimainkan dll oleh seorang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata solo


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
solosoloKesenianTiadaPenyanyi atau pemain muzik tunggal.
solo sonatasonata soloMuzikTiada

Karya sonata yang dihasilkan untuk dipersembahkan oleh seorang pemuzik. Lihat juga sonata.

solo pathogenpatogen soloBiologiPatologiPatogen yang mempunyai inokulum yang biasanya tidak mampu menjangkiti perumah tetapi kemudian mampu berbuat demikian setelah mengalami pengubahsuaian. Sebagai contoh, ustilospora kulat smut pada jagung (Ustilago maydis) biasanya tidak mampu menjangkiti perumahnya kerana kulat tersebut berada dalam peringkat haploid. Oleh sebab terdapat gangguan dalam proses meiosisnya maka ustilospora tersebut menjadi diploid, dan seterusnya patogenik.
corak solocorak soloKesenianTiadaCorak batik berunsur tumbuhan bermotif bunga atau daun tumbuhan, terdapat pada batik sarung atau batik lepas.
triple concertokonserto tripelMuzikTiada

 Konserto yang dihasilkan untuk tiga buah alat solo dengan orkestra. Contohnya, Triple Concerto, C major, Op. 56 (1805) oleh Beethoven untuk violin solo, celo solo, piano dan orkestra.

ariaariaMuzikTiada

 Karya vokal solo dalam opera, oratorio atau kantata. Aria biasanya diiringi oleh orkestra atau alat muzik tertentu. Aria merupakan karya khas bagi penyanyi solo meluahkan isi hati dan kadangkala mempamerkan teknik nyanyian virtuoso. Pada awal pertengahan Zaman Barok, aria lebih mirip kepada resitatif dan kurang berlirik. Apabila opera diperkembang pada akhir Zaman Barok, aria menjadi lebih berlirik. Pada akhir Zaman Klasik, aria memperlihatkan karya solo vokal yang terindah. Contohnya, Catalogue Aria daripada Don Giovanni, K. 527 (1 787) oleh Mozart.

choruskorusKesusasteraanPuisiPaduan suara ramai penyanyi yang berperanan sebagai suara latar atau suara pengimbang kepada suara penyanyi solo, Contohnya, dalam penyampaian lagu nasyid, korus sering ditampilkan. Korus juga boleh disampaikan tanpa penyanyi solo. Contohnya, dalam menyampaikan lagu yang bernada patriotik, supaya menjadi lebih bersemangat.
cadenzakadenzaMuzikTiada

 Bahagian muzik bagi pemuzik solo membuat persembahan secara berseorangan, terutamanya dalam genre konserto. Satu rangkap muzik yang diselitkan antara dua kord dalam kadens terakhir bagi memberi peluang kepada pemuzik solo menunjukkan kemahiran dalam teknik persembahan. Kaden­za mungkin digubah oleh komposer atau diimprovisasi oleh pemuzik solo itu sendiri. Muzik kadenza bercorak improvisasi, melodinya berbunga-bunga dan melibatkan rangkap skel dan ritma yang rancak. Bahagian orkestra berhenti bermain muzik buat seketika apabila kadenza dipersembahkan.

solopreneurusahawan soloPerniagaanTiadaIndividu yang menjalankan perniagaan secara bersendirian tanpa memerlukan pejabat atau rakan kongsi.
concerto grossokonserto grosoMuzikTiada

 Konserto yang digubah untuk sekumpulan pemain solo dan orkestra. Konserto groso terdiri daripada tiga gerakan muzik. Kumpulan pemuzik solo dikenali sebagai konsertino, konser­tato atau konsertante. Manakala kumpulan orkestra dikenali sebagai tutti, ripieno, konserto groso atau groso. Kedua-dua kumpulan ini bermain secara bergilir-gilir untuk menghasilkan bunyi yang kontras. Contohnya, enam buah karya Bran­denburg Concerto oleh J.S. Bach.

123456789

Kembali ke atas