Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[som.bong] | سومبوڠ

Definisi : tinggi hati, angkuh, bongkak, cong­kak, pongah: hanya orang yg ~ dan bong­kak sahaja yg suka berkata begitu; hendak ~ berbini banyak, hendak megah berlawan lebih prb kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dlm kesukaran; menyombong berlaku sombong, membesar­besarkan diri: drpd gayanya yg ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dr kampung itu; menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan: ja­ngan suka ~ ijazahmu; ~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri; kesombongan perihal (sifat dsb) sombong, keangkuhan: cukuplah ~ dan keangkuhanmu pd hari ini; penyombong orang yg sombong (suka me­nyombong). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[som.bong] | سومبوڠ

Definisi : menghargai diri sendiri dgn berlebih-lebihan; tinggi hati; bong­kak: Jangan berkawan dgn orang yg ~. menyombong berkelakuan atau ber­laku sombong: Jangan hendak ~ kpd aku. menyombongkan me­nyombong ttg sesuatu; memegahkan: Janganlah engkau leka ~ kekayaanmu. ~ diri me­ninggi-ninggikan (memegahkan) diri. kesombongan sifat sombong; keangkuhan. penyombong orang yg sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dagangan datang dari Melaka,
     Timbang mari dacing tembaga;
Cakap sombong saya tak suka,
     Lantai nibung makan kepala.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Lonjak sebagai labu dibenam.

Bermaksud :

Sombong, angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. Jika orang yang bodoh dan tidak mahu belajar dikatakan 'bodoh sombong'. Apakah simpulan bahasa atau peribahasa untuk : orang yang pandai/bijak tetapi sombong? terima kasih.Tidak ada perkataan khusus merujuk orang bijak tetapi sombong melainkan sombong yang secara umumnya merujuk sesiapa sahaja sama ada yang bijak atau yang bodoh.Makna10.07.2012
Ayat mana lebih tepat? 1a) Dia kaya tetapi dia tidak sombong 1b) Dia kaya tetapi tidak sombong 2a) Dia kaya dan tidak sombong 2b) Dia kaya dan dia tidak sombong Mohon pihak tuan dapat memberikan penjelasan mengenai ayat majmuk di atas supaya maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada pelajar. Terima kasih.Jawapan yang tepat:
 1b) Dia kaya tetapi tidak sombong.
      ("tetapi" digunakan untuk memberi maksud yang berlawanan, 
      iaitu "kaya" berlawanan sifatnya dengan "tidak sombong").
Makna24.07.2014
Mana yang betul 1) bukan sombong tetapi pemalu 2) tidak sombong tetapi pemaluFrasa yang betul ialah "bukan sombong tetapi pemalu". Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 263.Tatabahasa26.08.2015
bodoh sombongbodoh dan degil (kamus peribahasa)Lain-lain18.04.2007
Salam.jika orang bodoh dan tidak mahu bertanapaya digelar bodoh sombong,apakah peribahasa untuk orang yang pandai tetapi sombong dan kedekut ilmu?Berdasarkan sumber rujukan kami, tidak ada maklumat tentang peribahasa yang diperlukan. Sila rujuk buku peribahasa dengan melihat satu per satu entri peribahasa dalam buku tersebut.Lain-lain20.07.2012
Betulkah ayat ini : Hadi harus tidak sombong dengan rakan-rakannya yang tidak berkemampuan.Ayat yang betul ialah Hadi sepatutnya tidak sombong dengan rakan-rakannya yang tidak berkemampuan.Tatabahasa08.04.2023
Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan (a)Amir mencongkak muka alya beberapa kali sebelum memberi gula-gula kepadanya.. terima kasih Makna congkak ialah sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, ter­lalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. Berdasarkan makna dan ayat yang diberikan, perkataan yang digunakan tidak tepat. Tatabahasa20.08.2010
adakah sekali boleh digunakan bersama-sama dengan kata penguat sangat, amat dan sungguh. contoh masakan emak amat enak sekali. masakan emak sangat enak sekali adakah katapenguat bebas boleh digunakan di hadapan atau belakang kata adjektif contoh Budak itu amat sombong budak itu sombong amat adakah ia boleh digunakan untuk manusia sahaja. bolehkah ia digunakan untuk benda dan binatang harap tuan/puan menjawap secepat mungkin. hubungi 0123857124

Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih.Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan hal. 247 dan 397 untuk keterangan lanjut. Kata penguat boleh digunakan pada manusia, haiwan, benda dan sebagainya.

Tatabahasa27.06.2008
Sungguhpun Ali hidup dalam kemewahan, tetapi dia tidak pernah sombong terhadap orang lain. penggunaan sungguhpun dan tetapi sesuai ke? atau perlu digugurkan tetapi? ayat yang paling gramatis ialah? penggunaan koma dlm ayat tersebut betul ke?Sungguhpun Ali hidup dalam kemewahan, dia tidak pernah sombong terhadap orang lain. - sungguhpun tidak diikuti dengan tetapi dan penggunaan koma dalam ayat itu melengkapkan ayat.Tatabahasa09.07.2008
1. Bolehkah tolong saya menyemak ayat ini betul atau tidak? Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya paling berwaspada selalu menerima tetamu. Tolong berikan alasan. 2. Saya masih keliru dengan letaknya kata penegas -kah dalam ayat berikut. Berapakah kilo durian itu ? atau Berapa kilokah durian itu ? dan Berapakah lama kamu tinggal di sini ? atau Berapa lamahkah kamu tinggal di sini? 3. Yang manakah betul ? Minta/Tolong berikan perhatian dan "Minta / Tolong bersabar tuan-tuan. Acara akan dimulakan sebentar sahaja lagi," kata juruacara itu. 4. Sultan dan permaisuri telah melawat ke kampung kami. Ketibaan baginda/ mereka berdua disambut oleh penduduk kampung dengan meriah sekali. 3.

Sdr. Ming, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya benar-benar berharap supaya Sdr. dapat memberikan maklumat yang lengkap pada borang pertanyaan yang disediakan.

Ayat ini, Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya paling berwaspada selalu menerima tetamu, boleh dibaiki seperti ini- Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya sentiasa berwaspada apabila menerima tetamu- penulis atau pengucap tidak dapat memilih perkataan yang sesuai untuk digunakan.

bagi soalan kedua dan seterusnya jawapannya ialah, Berapa kilokah durian itu ?,  Berapa lamahkah kamu tinggal di sini?,  Tolong berikan perhatian dan "Tolong bersabar tuan-tuan. Acara akan dimulakan sebentar sahaja lagi," kata juruacara itu. Sultan dan permaisuri telah melawat ke kampung kami. Ketibaan baginda  berdua disambut oleh penduduk kampung dengan meriah sekali.

Terima kasih.

Makna23.04.2009
123

Kembali ke atas