Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[song.két] | سوڠکيت

Definisi : (songkét) = kain ~ kain tenun yg bersulam dgn benang emas atau benang perak: ibu membelikan ayah ~ berwarna biru; bersongket 1. bersulam dgn benang emas atau benang perak: kain ~; 2. memakai songket: kedua-dua mempelai itu ~ hijau yg ditempah khas di Terengganu; menyongket menyulam dgn benang emas (perak): wanita itu mewarisi kehandalan menenun, menyulam, ~, menekat dan me­ngarang manik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.két] | سوڠکيت

Definisi : /songkét/, = kain ~ kain yg bersulam dgn benang emas atau dgn benang perak. bersongket 1 bersulam dgn benang emas atau dgn benang perak. 2 memakai songket. menyongket membuat songket dgn menyulam tenunan benang biasa dgn benang emas atau dgn benang perak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata songket

Puisi
 

Kain songket berkodi-kodi,
     Tersusun indah di atas peti;
Biarpun sedikit bernama budi,
     Guna menempah jasa bakti.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Tenunan melayu seperti songket mempunyai unsur keindahan tersendiri.Dengan beberapa contoh kain tenun songket,bincangkan keindahan rupa bentuk fizikalnya dan juga falsafah motif pada kain tersebut. 2)Nyatakan sejarah,fungsi gunaan,falsafah, dan estetika yang terdapat dalam pesta ka'amatan di Sabah.Untuk makluman soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Soalan saudara memerlukan penyelidikan dan kajian mendalam. Oleh itu, sila rujuk perpusatakan dan lihat makalah atau buku yang berkaitan. Lain-lain30.08.2009
Adakah betul penggunaan perkataan 'polemik' di dalam ayat di bawah? Kemasukan produk kraf dari negara luar seperti produk songket dan sebagainya sehingga mencetuskan polemik semasa, yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama di kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan.

Mengikut Kamus Dewan, polemik ialah perbahasan (perdebatan, perbantahan), maka penggunaan kata polemik dalam ayat yang puan kemukakan betul. Namun ayat puan boleh dibetulkan seperti berikut:

Kemasukan produk kraf seperti produk songket dan sebagainya dari negara luar mencetuskan polemik semasa yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama dalam kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan.

Tatabahasa26.11.2014
Terengganu merupakan negeri yang termasyhur sekali dalam bidang tenunan songket di Malaysia. Apakah kesalahan yang ada dlm ayat tersebut?Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.Tatabahasa23.07.2013
Nama-nama perniagaan berikut: Fauzi Batik, Noor Arfa Batik, dan Razali Batik dan Songket - betul atau salah? Kalau Batik Fauzi pula macam mana?Nama perniagaan tersebut salah kerana tidak mengikut hukum D-M. D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertamaEjaan09.08.2006
APAKAH KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN DALAM AYAT DI BAWAH? 4. Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan. 6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah. 7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair. 8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis. 9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas. 10. Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat. 11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12. Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah. Sila rujuk Kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan ejaan/imbuhan yang betul dalam konteks ayat tersebut.Ejaan yang betul seperti yang  berikut:

4. Para pendayung itu terpaksa menongkah arus sebelum tiba di garisan tamat.
5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantu penduduk kampung yang dalam kesusahan.
 
6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi menyebabkan penduduk di situ berasa gelisah.

7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagakan oleh para peragawati terkenal tanah air.

8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pihak polis.
 
9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk dicetak melalui e-mel kerana lebih mudah dan pantas.

10. Hubungan silaturahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjamin keharmonian hidup bermasyarakat.

11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemarkan nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 

12. Syarikat binaan milik rakyat tempatan mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah.
Tatabahasa16.08.2013
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat di bawah? (Sila bersertakan sebab kenapa salah) 1.Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2.Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3.Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas. 4.Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5.Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan. 6.Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah. 7.Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair. 8.Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis. 9.Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas. 10.Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat. 11.Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12.Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah.1. Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial.
2. Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu.
3. Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas.
4. Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat.
5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan.
6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah.
7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair.
8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis.
9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas.
10. Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat.
11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris.
12. Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah.
Sila rujuk Kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan ejaan/imbuhan yang betul dalam konteks ayat tersebut.
Tatabahasa02.08.2013
salam, ketika bila penggunaan 'commercial' diterjemahkan kepada dagangan atau perdagangan dalam istilah ekonomi dan perdagangan? t.kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perdagangan bermaksud perihal berdagang, urusan ber­niaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha untuk memaju­kan ~ antara negara-negara yang sedang maju;


Dagangan pula bermaksud barang-barang yang diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri daripada kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang.

Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat dan lazimnya perdagangan digunakan bagi terjemahan commercial. Puan boleh merujuk data melalui http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=commercial .
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera.., saya ingin bertanya tentang maksud sebenar kata "tampuk" pada buah manggis. Dalam KD, tampuk diberikan maksud "bahagian tangkai hujung tempat buah melekat". Ini jelas menurut beberapa sumber yang menterjemahkan "tampuk manggis" ini sebagai "pedicel of a mangosteen" (cth dalam "Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving" halaman 129 dan 134). Tapi agak mengelirukan apabila ia turut dipakai untuk merujuk pada parut di bawah buah manggis (yang bentuknya macam bunga tu). Adakah penggunaan yang kedua itu tepat?Makna kedua tersebut kurang tepat. Tampuk pada asasnya berada pada pangkal buah, berkeliling kelopaknya dan melekat pada tangkai. Jika tampuk dianalogikan seperti dalam tampuk pemerintahan, maknanya berkait dengan pemerintahan atasan atau tertinggi serta berpusat. Tampuk dalam bentuk corak pula melambangkan tampuk buah yang dilihat dari pandangan atas. Tampuk pada cerek, pistol dsb pula dikaitkan dengan berpemegang. Tampuk bunga pula ialah bahagian hujung tangkai yang berkelopak dan memegang bunga. Jadi, makna tampuk adalah bercirikan berpusat/berkeliling, memegang dan berada di pangkal atau di bahagian atas sesuatu.

Tampuk buah manggis juga dipanggil tapak lawang. Tidak dinafikan ada kalangan masyarakat yang memanggil bunga di bahagian bawah pada buah manggis itu dengan nama tampuk manggis. Mungkin kerana tidak arif dan menyamakan maknanya dengan motif atau corak pada songket, sulaman dsb. Padahal, motif atau corak tersebut juga adalah gambaran pandangan atas tampuk buah manggis yang berkelopak dan bertangkai itu. Atau mereka mungkin juga terkeliru dengan motif atau corak bunga lawang.
Makna18.06.2023

Kembali ke atas