Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[song.két] | سوڠکيت

Definisi : (songkét) = kain ~ kain tenun yg bersulam dgn benang emas atau benang perak: ibu membelikan ayah ~ berwarna biru; bersongket 1. bersulam dgn benang emas atau benang perak: kain ~; 2. memakai songket: kedua-dua mempelai itu ~ hijau yg ditempah khas di Terengganu; menyongket menyulam dgn benang emas (perak): wanita itu mewarisi kehandalan menenun, menyulam, ~, menekat dan me­ngarang manik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.két] | سوڠکيت

Definisi : /songkét/, = kain ~ kain yg bersulam dgn benang emas atau dgn benang perak. bersongket 1 bersulam dgn benang emas atau dgn benang perak. 2 memakai songket. menyongket membuat songket dgn menyulam tenunan benang biasa dgn benang emas atau dgn benang perak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata songket

Puisi
 

Kain songket berkodi-kodi,
     Tersusun indah di atas peti;
Biarpun sedikit bernama budi,
     Guna menempah jasa bakti.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
songketsongketKesenianTiadaProses menyisipkan lidi songket pada benang lungsin untuk membentuk corak yang akan ditenun dengan benang emas. Proses ini hanya dilakukan untuk tenunan songket.
lidi songketlidi songketKesenianTiadaLidi langkap atau lidi buluh yang disisipkan pada benang lungsin untuk menentukan kedudukan corak ketika menyongket.
menyungkitmenyungkitKesenianTiadaProses menyisip lidi songket pada benang lungsin untuk membentuk corak yang akan ditenun dengan benang emas. Proses ini hanya dilakukan untuk tenun songket.
menyongketmenyongketKesenianTiadaProses menyisip lidi songket pada benang lungsin untuk membentuk corak yang akan ditenun dengan benang emas. Proses ini hanya dilakukan untuk tenunan songket.
sungkitsungkitKesenianTiadaProses menyisipkan lidi songket pada benang lungsin untuk membentuk corak yang akan diterima dengan benang emas. Proses ini hanya dilakukan untuk tenunan songket.
chippingmenyerpih; meracik;; songket (P.JAS)PendidikanTiadaTiada
chippingmenyerpih; meracik;; songket (P.JAS)KejuruteraanTiadaTiada
ikat butangikat butangKesenianTiadaProses menggantikan lidi songket dengan menyusup benang asing dan kemudian disimpulkan menjadi butang.
butangbutangKesenianTiadaSimpulan benang asing yang menggantikan lidi songket sebagai tanda corak.
mengikat tali butangmengikat tali butangKesenianTiadaProses menggantikan lidi songket dengan menyusun benang asing dan kemudian disimpulkan menjadi butang.
123

Kembali ke atas