Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[song.ko/] | سوڠکوق

Definisi : sj tutup kepala utk lelaki (biasanya diperbuat drpd baldu), kopiah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.ko/] | سوڠکوق

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Gnetum gnemon; ~ rimau sj tumbuhan (pokok), merbatu (layang), sauh hutan, Parinarium corymbosum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.ko/] | سوڠکوق

Definisi : pakaian kepala utk lelaki, yg biasanya dibuat drpd kain baldu; kopiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata songkok


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SONGKOK

SONGKOK, pakaian kepala untuk orang lelaki.  Kebanyakan songkok diperbuat daripada kain baldu pelbagai warna dan kadang-kadang berkilat.  Songkok berbentuk bujur dan terdapat dalam pelbagai saiz.

BUDAYAPakaian
PAKAIAN KEPALA

PAKAIAN KEPALA, sesuatu yang dipakai di kepala sarna ada oleh orang lelaki atau perempuan.  Bagi orang lelaki, pakaian kepala termasuklah destar, tengkolok, tanjak, bebulan, semutar, topi, kopiah dan songkok.  Bagi wanita pula pakaian kepala disebut sebagai kain kelubung, selendang, kain tudung dan topi.

BUDAYAPakaian
BAJU MELAYU

Baju Melayu, pakaian kebangsaan lelaki Melayu. Pakaian ini terdiri daripada baju Teluk Belanga atau baju cekak musang dengan seluar panjang serta dilengkapi samping dan songkok. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutamanya untuk bersembahyang dan untuk ke pejabat pada hari Jumaat, untuk majlis formal, dan sebagai pakaian adat.

KESENIANArtifak/Mentifak
SONGKET

SONGKET, sejenis tenunan yang menggunakan benang emas.  Menurut orang Palembang, perkataan songket berasal; daripada perkataan `songko’ yang bermaksud penggunaan benang emas untuk menghias songkok.  Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan songket diambil daripada perkataan `nyungkit’.  Nyungkit atau menyungkit bererti menghasilkan ragam hias pada sehelai kain dengan melalukan benang loseng yang telah diikat di celah-celah lidi dan kemudiannya mengeluarkan lidi-lidi itu daripada benang tersebut.

BUDAYAPakaian
PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN

PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN, pakaian yang dipakai oleh seseorang semasa menziarah kematian atau melawat jenazah.  Dalam sesuatu istiadat ziarah dan penghormatan terakhir kemangkatan diraja, pakaian lelaki Islam adalah pakaian seragam atau uniform yang mirip kepada pakaian istiadat yang dipakai oleh pasukan beruniform.  Pakaian lain iaIah sepasang baju Melayu yang lengkap tetapi tidak ditentukan warnanya.  Keluarga diraja pula memakai baju Melayu berwarna putih dan bersongkok.  Bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih, selebar lebih kurang 3.5 cm.

BUDAYAPakaian

Kembali ke atas