Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.pan] | سوڤن

Definisi : 1. hormat (segan, takzim) dgn tatatertib: jangan kurang ~ di hadapannya; 2. baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab: suaranya lembut dan ~; kau memang kasar dan tidak ~; 3. baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur): perempuan hendak­lah sepanjang masa ~ dr segenap segi; 4. sl berasa segan (takut, gentar, ngeri) akan: tiada hamba peduli dan ~ akan raksasa itu; bukanlah Raja itu besar namanya dan se­gala seteru pun tiada ~ akan dia; bersopan berbudi bahasa, beradab: orang kampung memang ~ kpd orang luar; menyopani 1. berlaku sopan terhadap, menghormati; 2. = mengesopani sl berasa takut (gentar, segan) akan: tiada siapa yg dikesopaninya dan dibilangkannya hanya Belia Raja; menyopankan mendidik (mengajar, me­ngasuh, dll) supaya menjadi sopan, meng­adabkan; kesopanan 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban; ketaksopanan keadaan tidak sopan: nilai­-nilai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.pan] | سوڤن

Definisi : 1 baik budi bahasanya; baik perangai dan tingkah lakunya; beradab: Jika ada tetamu datang, kamu hendaklah sentiasa ~. 2 hormat dan takzim: Tetamu itu disambutnya dgn ramah-tamah lagi ~. bersopan berlaku sopan: Kita hendaklah sentiasa ~. menyopankan menjadikan sopan: Mereka berusaha ~ remaja bermasalah itu. kesopanan keadaan atau hal sopan; tutur kata (tingkah laku dll) yg sopan: Perbuatan mereka sudah melanggar ~ timur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anjunglah Siam patah kemudi,
     Ambil paku lantak di papan;
Diamlah diam tidak berbunyi,
     Lupalah malu bertepuk sopan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah persamaan dan perbezaan di antara “sopan” dan “susila”?Berikut merupakan maksud sopan dan susila berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat:

i. Sopan
 - Hormat (segan, takzim) dengan tatatertib  
 - Baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab
 - Baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur)

ii. Susila
 - Baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib

Untuk maklumat lanjut, sila klik link ini 
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sopan
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=susila
Makna08.11.2020
Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan bahasa tidak sopan atau kasar? 2. Apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan atau kasar? 3. Apakah sebab-sebab timbulnya bahasa tidak sopan atau kasar ini? Terima kasih.Bahasa kasar ialah bahasa yang digunakan apabila berhubung dengan teman-teman karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk lebih memahami tentang tajuk tersebut, rujuk buku yang berkaitan dengan santun bahasa, artikel atau kertas kerja yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.Lain-lain25.09.2011
Salam tuan. 1.Tolong berikan definisi bahasa tidak sopan dan jenis-jenisnya. 2. Faktor yang menyebabkan berlaku bahasa tidak sopan dalam kalangan masyarakat. 3. Cadangan untuk membendung fenomena ini berlaku.Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber.  Lain-lain02.11.2011
Apa terjemahan 'appearance of impropriety' ke dalam bahasa melayu?Cadangan padanan terjemahan bagi appearance of impropriety ialah penampilan tidak sopan atau gambaran tidak sopan. Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya.  Penyemakan dan penterjemahan12.03.2021
apakah jenis bahasa tidak sopanBahasa tidak sopan atau bahasa kasar antaranya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta contoh sila rujuk buku, makalah dan kertas kerja yang berkaitan dengan  mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran.  Makna21.10.2011
Adakah ayat–ayat yang berikut betul? 1. Ahmad memegang benih sayur untuk ditanam di dalam lubang yang telah digalinya. 2. Kita mestilah bertutur sopan supaya tidak menyentuh perasaan orang lain. 3. Kita mestilah bertutur sopan supaya tidak mengganggu perasaan orang lain.Ayat yang betul ialah:
1. Ahmad memegang benih sayur untuk ditanam di dalam lubang yang telah digalinya.
2. Kita mestilah bertutur dengan sopan supaya tidak menyentuh perasaan orang lain.
Tatabahasa28.08.2015
Adakah penggunaan perkataan 'hendaklah' bagi contoh ayat berikut tidak sopan/kasar: "Senarai Semak hendaklah dicetak sebelum difailkan"Partikel -lah pada perkataan hendaklah merupakan penegas  yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Ia tidak membawa  makna tidak sopan/kasar.Tatabahasa04.05.2010
apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan
Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar antaranya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta contoh sila rujuk buku, makalah dan kertas kerja yang berkaitan dengan  mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran.  
Makna21.10.2011
Adakah penggunaan kata sendi 'daripada' tepat dalam ayat berikut: Kajian tersebut turut mendapati bahawa daripada segi penggunaan bahasa santun pula banyak ujaran yang tidak menggunakan bentuk sopan yang asas dan jauh sekali menggunakan bahasa sopan pada peringkat yang lebih tinggi.

Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah dari segi.

Tatabahasa24.11.2020
AsSalamualaikum, saya ingin bertanya maksud penggunaan istilah ' batangkan ' yang sedang dilaksanakan di PRA Sekolah dan Sekolah Rendah. Kemusykilan saya penggunaannya sangat tidak sesuai dan tidak sopan memandangkan istilah cerakin yang telah digunapakai sebelum ini sangat sopan dan sesuai digunakan. Harap dapat penjelasan tuan, terima kasih.Perkataan yang bertul ialah "membatangkan". Dalam Tatabahasa Dewan "batang" ada meksud kedua iaitu mengeja sambil membaca. Namun pihak sekolah mestilah menggunakan perkataan yang sewajarnya.Lain-lain04.09.2015
12345678910...

Kembali ke atas