Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.pan] | سوڤن

Definisi : 1. hormat (segan, takzim) dgn tatatertib: jangan kurang ~ di hadapannya; 2. baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab: suaranya lembut dan ~; kau memang kasar dan tidak ~; 3. baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur): perempuan hendak­lah sepanjang masa ~ dr segenap segi; 4. sl berasa segan (takut, gentar, ngeri) akan: tiada hamba peduli dan ~ akan raksasa itu; bukanlah Raja itu besar namanya dan se­gala seteru pun tiada ~ akan dia; bersopan berbudi bahasa, beradab: orang kampung memang ~ kpd orang luar; menyopani 1. berlaku sopan terhadap, menghormati; 2. = mengesopani sl berasa takut (gentar, segan) akan: tiada siapa yg dikesopaninya dan dibilangkannya hanya Belia Raja; menyopankan mendidik (mengajar, me­ngasuh, dll) supaya menjadi sopan, meng­adabkan; kesopanan 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban; ketaksopanan keadaan tidak sopan: nilai­-nilai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.pan] | سوڤن

Definisi : 1 baik budi bahasanya; baik perangai dan tingkah lakunya; beradab: Jika ada tetamu datang, kamu hendaklah sentiasa ~. 2 hormat dan takzim: Tetamu itu disambutnya dgn ramah-tamah lagi ~. bersopan berlaku sopan: Kita hendaklah sentiasa ~. menyopankan menjadikan sopan: Mereka berusaha ~ remaja bermasalah itu. kesopanan keadaan atau hal sopan; tutur kata (tingkah laku dll) yg sopan: Perbuatan mereka sudah melanggar ~ timur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anjunglah Siam patah kemudi,
     Ambil paku lantak di papan;
Diamlah diam tidak berbunyi,
     Lupalah malu bertepuk sopan.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genteelsopan-santunSejarahTiadaTiada
decoroussopanSejarahTiadaPerihal sifat atau tingkah laku yang tidak melanggar kesopanan atau peraturan yang lazim, bersopan santun atau beradat.
ungentlemanly conductkelakuan tak sopanPendidikanTiadaTiada
ungentlemanly conductkelakuan tak sopanPendidikanTiadaTiada
ungentlemanly conductkelakuan tak sopanSukanTiadaTiada
derogatory actkelakuan tak sopan (Bola Tampar)SukanTiadaTiada
comitykomitiSejarahTiadaSikap sopan-santun dan saling hormat-menghormati antara individu, kumpulan atau negara.
personal penaltiespenalti peribadiSukanTiadaHukuman terhadap pemain kerana tidak sopan, bermain bahaya, dan sengaja melanggar peraturan.
proper proverbperibahasa murniKesusasteraanTiadaSusunan kata-kata yang padat mengandungi nilai-nilai benar, sesuai, sopan, dan selaras dengan pemikiran bangsa yang melahirkannya.
honorific wordkata hormatKesusasteraanPuisiPerkataan yang dipilih dan diungkapkan oleh seseorang penyair yang mengandungi nilai-nilai hormat dan sopan santun. Contohnya, perkataan yang dipilih dan diungkapkan oleh seseorang penyair seperti perkataan ibunda untuk emak dan meninggal dunia atau mangkat untuk mati.
12

Kembali ke atas