Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sikap lemah lembut, baik budi pekerti, beradab, hormat dsb: ia menjadi bertambah indah apabila dikaitkan dgn kehalusan dan ~ wanita; jaga ~ anda ketika menghadiri temu duga; 2. adat istiadat yg baik, tatasusila: takkanlah dia tidak menge­tahui ~ kehidupan orang Islam; bersopan santun mempunyai atau me­nunjukkan sopan santun, berkelakuan sopan: orangnya kecil molek dan ~; sejak kecil lagi, anak-anak harus diajar ~ dan berdisplin; kesopansantunan hal yg berkaitan dgn sikap (sifat, tutur kata, tingkah laku dsb) yg bersopan santun: terselit nilai keislaman dan ~ dlm berbahasa dan juga dlm penyelesaian masalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 baik budi bahasanya serta dgn hormatnya. 2 adat istiadat yg baik. bersopan santun berkelakuan atau berlaku sopan santun: Budaya kita terkenal dgn budaya ketimuran yg lemah lembut lagi ~. kesopansantunan perihal atau keadaan sopan santun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genteelsopan-santunSejarahTiadaTiada
comitykomitiSejarahTiadaSikap sopan-santun dan saling hormat-menghormati antara individu, kumpulan atau negara.
honorific wordkata hormatKesusasteraanPuisiPerkataan yang dipilih dan diungkapkan oleh seseorang penyair yang mengandungi nilai-nilai hormat dan sopan santun. Contohnya, perkataan yang dipilih dan diungkapkan oleh seseorang penyair seperti perkataan ibunda untuk emak dan meninggal dunia atau mangkat untuk mati.
organisational ethicsetika organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

Amalan atau budaya kerja yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi berdasarkan tatacara yang mempunyai nilai-nilai murni. Antara unsur penting dalam etika organisasi termasuklah menepati waktu, bertanggungjawab, sopan santun, berbudi bahasa, telus, ikhlas dalam menjalankan tugas, mematuhi arahan dan memelihara keselamatan dan kepentingan harta organisasi. Persekitaran organisasi biasanya memainkan peranan penting dalam membentuk etika organisasi selain daripada peraturan organisasi, sikap pihak pengurusan atasan dan bentuk kerja atau tanggungjawab kakitangan. Etika berbeza dari sebuah organisasi dengan sebuah organisasi yang lain, misalnya, terdapat organisasi yang membenarkan kakitangannya berpakaian singkat atau mendedahkan dengan hasrat menonjolkan imej moden organisasi tersebut, manakala organisasi tertentu khasnya organisasi awam mempunyai etika tersendiri yang berasaskan adat dan budaya tempatan.

corporat advertisingpengiklanan korporatKomunikasiKorporatPengiklanan yang memberikan kesan sosial dan promosi citra organisasi. Ciri utama pengiklanan ini adalah mempromosikan maklumat yang memberikan kepentingan awam (khalayak, organisasi, dan pemerintah) dan maklumat yang memberikan kepentingan kepada organisasi penaja. Contoh maklumat yang memberikan kepentingan kepada awam ialah mesej tentang perpaduan, kerjasama, sopan santun, dan pemanduan berhemah. Sementara pengiklanan yang membawa mesej yang memberikan kepentingan kepada organisasi biasanya memberikan fokus kepada penonjolan citra organisasi. Pendekatan yang selalu digunakan adalah dengan memaparkan identiti syarikat, seperti nama, logo, dan slogan. Maklumat ini ditonjolkan atau disebut di sebarang bahagian iklan berkenaan, sama ada dalam media cetak atau media elektronik. Sesebuah syarikat atau organisasi biasanya akan memilih, menyokong, atau menaja jenis aktiviti, kempen, atau projek yang sesuai dan sehaluan dengan dasar atau falsafah penubuhan syarikat penaja. Aktiviti mengeluarkan kos pengiklanan ini dikenali juga sebagai penajaan atau sumbangan awam. Bagi pihak pengiklan, faedah yang diperoleh ialah selain boleh meningkatkan jenama syarikat, pengiklanan korporat juga dapat meningkatkan citra korporat sekali gus dapat meningkatkan kewibawaan dan kepercayaan khalayak terhadap syarikat. Bagi pihak khalayak seperti organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, pendekatan ini boleh mengurangkan kos aktiviti kempen yang dijalankan kerana sebahagian besar atau semua pembiayaan ditanggung oleh pihak penaja atau pengiklan. Pengiklanan jenis ini dikenali juga sebagai pengiklanan citra atau pengiklanan perhubungan awam. Sinonim pengiklanan institusi, pengiklanan organisasi.
decoroussopanSejarahTiadaPerihal sifat atau tingkah laku yang tidak melanggar kesopanan atau peraturan yang lazim, bersopan santun atau beradat.

Kembali ke atas