Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.ra.kan]/[so.ra/.kan] | سورقن

Definisi : teriakan yg nyaring, sorak: ~ me­reka masih berlanjut-lanjut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sorakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah ayat berikut betul dan tolong beri penerangan mengapa ? a) Para penonton memberi sorakan gemuruh. b) Kita haruslah beriadah bersama dengan ahli keluarga untuk mengeratkan hubungan keluarga.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat yang dinyatakan betul kerana mempunyai pola ayat dasar bahasa melayu iaitu terdapat subhjek dan predikat pada ayat tersebut.

1. Para penonton (subjek)  memberi sorakan gemuruh (predikat)

2. Kita (subjek) haruslah (kata bantu) beriadah (predikat) bersama dengan ahli keluarga untuk mengeratkan hubungan keluarga (keterangan).

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa19.01.2018
Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ya, mohon pihak tuan membantu saya membetulkannya. 1)Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 2)Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya. 3) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu. 4)Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama. 5) Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu. Adakah perkataan menyungai dalam ayat di bawah sesuai digunakan? 1) Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat. Apakah jawapan yang paling tepat bagi tempat kosong di bawah kerana jawapan yang diberikan hampir sama. 1) Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. A) hiruk-pikuk B) riuh-rendahr C) hingar-bingar D) gegak-gempita1. Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi.
2. Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya.
3. Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu.
4. Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama.
5. Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu.
 Ayat-ayat di atas betul.
6. Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat.
7. Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. Hingar bingar sama maksudnya dengan hiruk-pikuk, riuh-rendah dan gegak-gempita.
Tatabahasa14.04.2015
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah terdapat perbezaan yang ketara antara istilah PASUKAN KERJA dengan KERJA BERPASUKAN. Kedua, Apa komen tuan jika tajuk ini untuk saya jadikan sebagai tajuk kursus: 1) "KURSUS MEMBENTUK PASUKAN KERJA YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI" 2) "KURSUS PERATURAN KERJA BERPASUKAN YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI"

Pasukan kerja bermaksud satu pasukan yang dibentuk untuk melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Contohnya, pasukan perubatan untuk melaksanakan tugasan memberikan rawatan perubatan, pasukan keselamatan untuk melaksanakan tugasan mengawal keamanan, dan pasukan sorak untuk melaksanakan tugasan memberikan sokongan dan sorakan kepada sesuatu pasukan yang bertanding dalam acara sukan.

Kerja berpasukan pula bermaksud menyelesaikan sesuatu tugasan secara berkumpulan atau berpasukan. Contohnya, buletin tahunan itu berjaya diterbitkan dengan cemerlang hasil kerja berpasukan yang melibatkan editor, wartawan, penulis, pereka bentuk, jurufoto, dan pencetak.

Tajuk kursus:

1. Kursus Membentuk Pasukan Kerja yang Beretika dan Berintegriti – bermaksud kursus yang diadakan untuk memberikan panduan cara-cara membina dan membentuk satu pasukan kerja yang beretika dan berintegriti.

2. Kursus Peraturan Kerja Berpasukan yang Beretika dan Berintegriti - bermaksud kursus yang diadakan untuk menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam kerja berpasukan yang beretika dan berintegriti.

Makna12.02.2014

Kembali ke atas