Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sial] | سوسيال

Definisi : 1. segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan: ke­dudukan ekonomi dan ~nya pd masa ini belum begitu kuat; 2. berkaitan dgn persa­habatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang: kelab ~; aktiviti ~; 3. suka bergaul dan ber­mesra: gadis yg ~; 4. bkn hal-hal kemasya­rakatan: pemimpin yg ~; perjumpaan ~ ke­ramaian; ~ demokrasi faham atau ajaran yg bertujuan membangunkan masyarakat secara damai utk mencapai masyarakat sosialis; ~ demokrat penganut atau penganjur faham sosial demo­krasi; bersosial bercampur gaul (biasanya di­maksudkan antara lelaki dgn perempuan): pemuda pemudi yg pandai ~ dan menye­suaikan diri dgn kehendak-kehendak zaman; kesosialan perihal sosial: kerana perasaan ~nya, beliau selalu disukai orang dlm per­gaulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.sial] | سوسيال

Definisi : 1 segala hal yg berkaitan dgn masyarakat; kemasyarakatan. 2 suka me­ngambil berat ttg hal-hal masyarakat; suka bercampur dgn masyarakat: Dia sangat popular serta ~ pula. bersosial bergaul atau bercampur dgn ma­syarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sosial (kata nama)
Bersinonim dengan kemasyarakatan;
Kata Terbitan : bersosial,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud/definisi social enterprise? Rujuk kamus maksudnya usaha sosial. Apakah takrifan tersebut sesuai? atau adakah ia lebih sesuai dikatakan usahawan sosial dan apakah definisi/takrifan usahawan sosial?

Social enterprise boleh diberikan padanan perniagaan sosial; perusahaan sosial atau syarikat sosial, manakala social enterpreneur pula ialah usahawan sosial. Melalui carian kami di internet, perniagaan sosial/perusahaan sosial/ perusahaan sosial ialah perniagaan yang dimiliki oleh NGO yang kebiasaannya terlibat secara langsung dalam pengeluaran atau menjual produk dan perkhidmatan untuk tujuan menjana pendapatan dan mencapai matlamat sosial, budaya dan /atau alam sekitar.

Makna26.01.2015
Perkataan mana lebih tepat antara "sosial media" atau "media sosial"MEDIA SOSIALTatabahasa15.03.2013
mana yang betul? laman sesawang sosial @ laman web sosial

Laman sesawang sosial atau laman web sosial, kedua-duanya betul dan boleh digunakan.

Lain-lain01.06.2010
salam mana yangb betul? laman sesawang sosial @ laman web sosial

Laman sesawang sosial atau laman web sosial, kedua-duanya betul dan boleh digunakan.

Lain-lain01.06.2010
maksud kontak-kontak sosial dari aspek pengurusan kerja sosialSila rujuk bahan Ini : Kontrak sosial asas penting perpaduan kaum" [Diwawancara oleh Radzi Ismail] Liow Tiong Lai Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Ekonomi unsur penting kontrak sosial A. Kadir Jasin Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Kontrak sosial antara kaum di Malaysia Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/04/2004 Terperinci Kontrak sosial eratkan perpaduan Ibrahim Musing Dewan Siswa Petualang kontrak sosial H.M. Jajuli Dewan Budaya 01/12/2006 Pengurusan sebagai fungsi sosial dan seni yang liberal Drucker, Peter F Dewan Ekonomi 01/07/1997 TerperinciLain-lain07.09.2007
Yang manakah ejaan betul bagi social distancing dalam bahasa Melayu? Penjarakkan sosial ataupun penjarakan sosial? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah Penjarakan SosialIstilah25.03.2020
Apakah terjemahan untuk “social media post?” Adakah “hantaran media sosial” atau “siaran media sosial”?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah social media post ialah hantaran media sosial. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah23.03.2023
Salam. Tuan/Puan/Cik, Ejaan yang manakah betul bagi perkataan "PENJARAKAN SOSIAL" atau "PENJARAKKAN SOSIAL". Mohon pencerahan dari pihak DBP. Sekian.Waalaikumsalam,

Saudara, ejaan yang tepat ialah "PENJARAKAN SOSIAL".
Ejaan25.03.2020
saya hendak bertanya definisi yang betul dan tepat tentang 1. warga tua 2. penjagaan sosial 3. hubungan sosial 4. pengurusan kebajikan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan. sekian.

1. warga tua : Definisi warga tua di Malaysia ialah apabila seseorang mencecah usia persaraan iaitu pada 55 atau pilihan persaraan pada 56 tahun.

2. penjagaan sosial :  menjaga pergaulan

3. hubungan sosial : hubungan kemasyarakatan

4. pengurusan kebajikan : perihal mengurus sesuatu yg membawa kebaikan

Lain-lain05.01.2009
Di media sosial atau dalam media sosial Apakah perbezaan kedua-dua penggunaan kata sendi nama ?

Kedua-dua kata sendi nama yang diberikan tidak betul.  Jawapan yang betul ialah melalui kerana perkataan tersebut berfungsi sebagai perantaraan atau menerusi. Contoh dalam ayat, Rancangan Dewan Bahasa sering kali disiarkan melalui radio.

Perbezaan antara kata sendi nama di dengan kata sendi nama dalam ialah kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
Tatabahasa11.04.2021
12345678910...

Kembali ke atas