Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sia.lis] | سوسياليس

Definisi : 1. orang yg menyokong sosialisme; 2. berkaitan dgn sosialisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.sia.lis] | سوسياليس

Definisi : pengikut faham sosialisme. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosialis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah makna "pemisah" pada perkataan "anggota pemisah" atau "puak pemisah". Contoh ayat, seorang anggota pemisah ditembak mati oleh tentera. Adakah sama maksudnya dengan gerila?Pemisah bermaksud pengikut faham pemisahan , misalnya pejuang pembebasan, sosialis dan lain-lain. Dalam contoh ayat yang diberikan adalah bermaksud anggota yang menyertai kumpulan atau menjadi pengikut faham pemisahan. Manakala gerila bermaksud perang secara kecil-kecilan dan tidak secara berhadapan.Makna10.06.2008
Salam sejahtera, Apakah terjemahan serta maksud bagi ‘the left’ dan ‘the right’ dalam politik? Contoh ayat: In political matters, people talk of ‘the left’ and the ‘the right’. Terima kasih.Terjemahan yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanpun untuk membantu saudara menterjemah, disenaraikan dapatan daripada sumber kami yang boleh membantu saudara untuk menterjemah frasa yang tersebut. Kamus Inggeris - Melayu Dewan, menterjemahkan perkataan left dan right kepada kiri dan kanan. Dalam Kamus Dewan, perkataan kiri boleh membawa beberapa makna termasuklah kiasan kepada perkara yang kurang baik dan cenderung ke arah fahaman komunis atau sosialis. Manakala kanan boleh juga membawa maksud yang mengikut atau berdasarkan aliran politik yang sederhana.Tatabahasa25.04.2013
1.HURAIKAN FUNGSI BAHASA 2.TERANGKAN KENAPA BAHASA PENANDA SOSIALISASIDalam pengertian khusus, peranan bahasa lebih digemari berbanding fungsi bahasa. Peranan bahasa sebagai alat untuk tujuan tertentu dalam kehidupan penutur. (sebagai kumpulan atau masyarakat sesebuah negara, suku kaum, dll.) Terdapat tiga fungsi bahasa iaitu Ideational yang berkaitan dengan idea. Ia meliputi apa yang difikirkan dan apa yang ada dalam minda. Kedua, Interpersonal iaitu antra individu. Penghasilan banyak bahasa yang dikeluarkan semasa proses ini. Ketiga, Textual iaitu apa yang ditulis dalam perenggan.Bahasa wujud dalam teks dan susunan ayat yang bersistematik. Bahasa dikatakan sebagai petanda sosialis kerana akan wujud persoalan identiti bahasa kebangsaan, identiti kerjaya, identiti status sosial dan, identiti kumpulan yang mempunyai minat yang sama.Lain-lain28.08.2006

Kembali ke atas