Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sia.lis] | سوسياليس

Definisi : 1. orang yg menyokong sosialisme; 2. berkaitan dgn sosialisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.sia.lis] | سوسياليس

Definisi : pengikut faham sosialisme. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosialis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
socialistsosialisSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau kelompok yang mendukung fahaman sosialis. Pendukung sosialis cenderung kepada konsep pemilikan awam seperti pendidikan, pengangkutan, hospital atau kesihatan dan pembekalan tenaga yang dimiliki oleh kerajaan. Mereka juga tidak membenarkan institusi-institusi penting ini dikuasai oleh pihak peniaga persendirian yang lebih mementingkan keuntungan. Pendukung ini menentang keras sistem kapitalis yang menindas kelas bawahan. Terdapat beberapa variasi sosialisme seperti leninisme, stalinisme dan marhaenisme. Contoh tokoh sosialis tanah air sebelum merdeka ialah Ahmad Boestamam.
socialist realismrealisme sosialisSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang bersifat estetika yang menggunakan bahan seni seperti sastera, lukisan atau muzik untuk menanam kesedaran sosial dalam membentuk satu masyarakat sosialis. Fahaman ini tidak menekankan kepada kekuatan ketenteraan atau propaganda pemimpin, sebaliknya meletakkan kepentingan bahan seni sebagai keutamaan. Bahan-bahan seni yang digemari oleh rakyat akan dimanfaatkan untuk meningkatkan kesedaran sosial dan politik. Cerita kesusahan petani dan buruh ditonjolkan bagi menanam semangat cintakan negara. Tulisan Nikolay Ostrovsky berjudul How the Steel Was Tempered digunakan sepenuhnya oleh pendukung realisme sosialis di Rusia pada dekad 1930-an untuk membangunkan kesedaran masyarakat dalam membina masyarakat sosialis. Antara tokoh fahaman ini ialah Nikolay Ostrovsky, Ishak Haji Muhammad dan Usman Awang.
socialist realismrealisme sosialisKesenianTiadaStail seni lukis rasmi Soviet Union yang berbentuk realis dan bertemakan sosialis.
Fabian SocietyMasyarakat FabianSains PolitikHubungan AntarabangsaPerkumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1883 oleh kaum sosialis British. Mereka ingin mewujudkan fahaman sosialis yang evolusioner. Fabian digunakan sempena nama panglima perang Rom, Quintus Fabius Maximus. Pertubuhan ini tidak sependapat dengan idea Marx mengenai dialektik materialisme dan teori konflik kelas. Pertubuhan ini percaya idea sosialis mereka boleh dicapai melalui gerakan propaganda terhadap semua golongan rakyat. Namun demikian, dengan kebangkitan kaum buruh dalam lapangan politik Britain pada tahun 1890, pertubuhan ini telah menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja. Mereka mengadakan ikatan kerjasama dengan para pemimpin buruh yang mempunyai kepentingan politik. Walaupun keanggotaan mereka tidak besar, pertubuhan ini telah berperanan mempengaruhi Parti Buruh Britain.
socialist revolutionrevolusi sosialisSains PolitikPolitik PerbandinganSalah satu bentuk revolusi dalam sejarah revolusi. Revolusi ini merupakan sebahagian daripada sejarah materialisme menurut idea Marx. Revolusi sosialis merupakan salah satu tahap yang akan dilalui oleh masyarakat sebelum mencapai tingkat revolusi komunis. Marx memberi gambaran bahawa masyarakat berubah daripada tahap primitif melalui beberapa tahap kepada tahap komunis. Menurut Marx, revolusi akan berlaku apabila tingkat eksploitasi oleh golongan kapitalis terhadap golongan pekerja mencapai tahap yang serius, lalu membawa kepada penentangan golongan buruh terhadap golongan kapitalis. Namun begitu, ramalan Marx ini tidak menjadi realiti.
guild socialismfaham sosialis perikatanSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang berkembang di Great Britain yang mencadangkan satu sistem perusahaan sendiri melalui syarikat pekerja. Teori ini diperkenalkan oleh Arthur J. Penty yang mementingkan semangat kerjasama di kalangan pekerja. Melalui fahaman ini, pekerja merupakan golongan yang paling layak mengurus dan memiliki perusahaan tersebut melalui syarikat yang dibentuk. Fungsi pemerintah pula hanya memiliki alat pengeluaran atau kilang dan mentadbir pengurusannya tetapi keuntungan dimiliki oleh syarikat pekerja tersebut. Walau bagaimanapun, syarikat pekerja ini perlu membayar cukai kepada kerajaan. Fahaman ini membidas idea Marx dengan menekankan bahawa pekerja perlu berusaha untuk menguasai perusahaan dan bukan tertumpu kepada reformasi politik . Faham sosialis pernah dilaksanakan pada awal abad ke-20 tetapi tidak dapat bertahan lama. Walaupun begitu, fahaman ini kuat mempengaruhi perkembangan kesatuan sekerja di United Kingdom. Sinonim sosialisme perikatan.
socialistsosialisSains PolitikTiadaTiada
socialistsosialisSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
revisionist socialistsosialis revisionisSejarahTiadaTiada
Marxian socialismfaham sosialis MarxSains PolitikTiadaTiada
12345

Kembali ke atas