Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sia.lis.me] | سوسياليسمى

Definisi : teori atau sistem organisasi sosial yg menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan spt pengeluaran, tanah, modal, dsb dijadikan milik negara utk dinikmati oleh setiap rakyat dgn sama rata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.sia.lis.me] | سوسياليسمى

Definisi : ajaran atau fahaman yg menyarankan supaya semua hasil bumi (industri dll) diurus oleh pemerintah dan kekayaan diagih-agihkan kpd rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosialisme


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOSIALISME

Sosialisme ialah satu sistem ekonomi, gerakan

politik dan teori sosial. Kebanyakan sosialis

percaya bahawa kerajaan, sama ada di peringkat

kebangsaan mahupun di peringkat tempatan, dan

bukannya individu, yang sepatutnya memiliki

sumber negara dan mengawal kegunaannya.

Sosialisme juga menuntut pemilikan umum

terhadap tanah, kilang dan sumber asas

pengeluaran yang lain.

UMUM 
SAINT-SIMON, COMTE DE

Saint-Simon, Comte de (1760–1825) ialah

pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah

menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia

berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru

yang semua orang bekerja dan akan menerima

ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa

dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua

individu akan memulakan kehidupannya atas

dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan

teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi

kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik.

UMUM 
SINCLAIR, UPTON

Sinclair, Upton (1878–1968) ialah penulis dan

reformis Amerika. Sinclair ialah penyokong

idealistik sosialisme dan menjadi terkenal sebagai

muckraker (pembongkar). Pembongkar merupakan

sekumpulan penulis pada awal tahun 1900-an yang

prinsip utamanya mendedahkan keburukan sosial

dan politik.

UMUM 
DEBS, EUGENE VICTOR

Debs, Eugene Victor (1855–1926) ialah

jurucakap yang menarik dan petah bagi gerakan

buruh Amerika dan pergerakan sosialisme

UMUM 
KINGSLEY, CHARLES

Kingsley, Charles (1819–1875) ialah pengarang

dan paderi Inggeris yang terkenal. Dia berdakwah

tentang “Sosialisme Kristian”, satu falsafah

agama dan politik yang menyeru Gereja England

supaya mengambil bahagian yang aktif untuk

mengurangkan masalah sosial.

UMUM 
DEMOKRAT LIBERAL

Demokrat Liberal ialah nama parti politik

yang ketiga besarnya di Britain. Dasar parti ini

menekankan hak individu. Parti ini menarik

minat rakyat yang mempercayai bahawa

perubahan dalam kehidupan di Britain perlu

tetapi menolak sosialisme.

UMUM 
SUN YAT-SEN

Sun Yat-sen (1866–1925), negarawan dan

pemimpin revolusi China, berjuang untuk

menubuhkan sebuah Republik China. Dia

umumnya dikenali sebagai Bapa Revolusi. Sun

terlalu idealistik untuk menjadi seorang pemimpin

politik yang berkesan. Namun Tiga Prinsip Rakyat

yang diketengahkannya (nasionalisme, demokrasi,

dan sosialisme) menjadi panduan kepada Republik

China, yang ditubuhkan pada tahun 1912.

Sun lahir di daerah Zhongshan di Provinsi

Guangdong. Ibu bapanya miskin. Dia belajar di

sekolah mubaligh Kristian di Hong Kong dan

Honolulu, dan menjadi seorang doktor. Dari tahun

1895 hingga tahun 1911, dia banyak mengembara

di Amerika Syarikat, Jepun, dan Eropah untuk

meraih simpati bagi prinsip republik, dan untuk

mencari bantuan kewangan bagi pergerakan

revolusinya menentang Dinasti Manchu. Dia

dibantu oleh masyarakat China di seberang laut

dan pesimpati Inggeris, Amerika dan Jepun.

UMUM 
SAYAP KIRI

Sayap kiri ialah istilah yang bermaksud parti atau

cabang kumpulan politik yang radikal. Istilah ini

berasal daripada badan perundangan Perancis

yang pertama selepas Revolusi Perancis.

Perwakilan konservatif duduk di sebelah kanan

speaker, sementara ahli majlis perundangan yang

lebih bersifat radikal duduk di sebelah kiri.

Kemudian, masyarakat seluruh dunia

menggunakan istilah kiri dan kanan untuk

menunjukkan dua pemahaman politik yang

bertentangan, iaitu egalitarianisme radikal dan

konservatisme. Pada umumnya, kumpulan

berhaluan kiri menilai kesamaan lebih tinggi

daripada kebebasan individu. Sebaliknya,

kumpulan berhaluan kanan menganggap

kebebasan lebih tinggi daripada kesamaan. Kini,

kumpulan sayap kiri sering dikaitkan dengan

sosialisme atau komunisme.

UMUM 

Kembali ke atas