sociolinguistics | sosiolinguistik | Sosiolinguistik | Tiada | Cabang ilmu Iinguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Antara tumpuan kajian ialah kumpulan masyarakat, sikap masyarakat pada bahasa, bahasa standard dan tidak standard dan sebagainya. |
command | perintah | Sosiolinguistik | Tiada | Pengklasifikasian fungsi ayat dan didefinisikan kadang-kadang mengikut nahu, dan kadang-kadang berasaskan semantik dan sosiolinguistik. |
acrolect | akrolek | Sosiolinguistik | Tiada | Bahasa asing yang digunakan oleh penutur kreol untuk berkomunikasi dengan komuniti luar. Contohnya ialah bahasa lnggeris versi tempatan yang digunakan di Guyana. |
acrophony | akrofoni | Sosiolinguistik | Tiada | Representasi bergambar bagi objek seperti lambang fonetik bagi bunyi awal atau suku kata bagi nama sesuatu objek. |
accent | aksen | Sosiolinguistik | Tiada | Pengucapan individu dan selalunya dikaitkan dengan negeri asalnya, sama ada penentuan secara daerah mahupun sosialnya. |
argot | argot | Sosiolinguistik | Tiada | Kata atau ungkapan yang dapat difahami oleh pendengar yang tidak tahu atau tidak biasa dengan sesuatu bahasa itu. |
autonomy | autonomi | Sosiolinguistik | Tiada | Perihal ilmu atau disiplin yang boleh berdiri sendiri. |
basilect | basilek | Sosiolinguistik | Tiada | Tatatingkat terendah dalam variasi bahasa kreol. |
boustrophedon | boustrofedon | Sosiolinguistik | Tiada | Kaedah menulis yang memperlihatkan tiap-tiap baris berselang-seli dari kanan ke kiri dan dan kiri ke kanan, atau dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Contohnya sistem tulisan Jawi atau tulisan Jepun. |
mode | cara | Sosiolinguistik | Tiada | Perantara bagi aktiviti berbahasa yang menentukan bentuk bahasa yang bakal digunakan dalam satu-satu situasi. Contoh bahasa ucapan lawan bahasa penulisan, format bahasa (seperti akhbar, puisi dan lain-lain). |