Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sio.po.li.tik] | سوسيوڤوليتيک

Definisi : berkaitan dgn atau melibatkan faktor-faktor kemasyarakatan dan politik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.sio.po.li.tik] | سوسيوڤوليتيک

Definisi : berkaitan dgn atau meli­batkan faktor kemasyarakatan dan faktor politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosiopolitik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISLAM DI ASIA TENGGARA

ISLAM DI ASIA TENGGARA, perkembangan agama Islam di Asia Tenggara yang bermula sejak abad ke-5 M. Islam di Asia Tenggara adalah gambaran daripada sebuah sosiopolitik yang beragam, meskipun terikat oleh keadaan tradisi keagamaan yang sama. Islam ialah agama majoriti penduduk Brunei Darussalm, Indonesia dan Malaysia. Di Singapura, Thailand, Filipina dan Myanmar, minoriti penduduknya beragama Islam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PEWARISANPEWARISAN, pemindahan hak terhadap harta benda, jawatan dan kedudukan daripada seseorang kepada seseorang yang lain dalam masyarakat. Dalam masyarakat Melayu, pewarisan harta benda atau jawatan boleh dibuat semasa seseorang masih hidup ataupun selepas dia meninggal dunia. Harta benda yang boleh diwariskan termasuklah tanah, rumah, barang kemas, harta-harta lain yang boleh dinilaikan dan barang-barang peribadi. Jawatan pula lebih merupakan jawatan simbolis lanjutan daripada struktur sosiopolitik Melayu tradisi.BUDAYAKonsep
PENERBIT SINAR HARAPAN

PENERBIT SINAR HARAPAN, penerbit akhbar dan buku di Indonesia.  Penerbit ini ditubuhkan pada bulan Februari 1979 di Jakarta, sebagai salah satu usaha PT Sinar Kasih.  Penerbit ini menerbitkan buku kanak-kanak, komik, sastera, sosiopolitik, hukum, falsafah, wanita, keluarga, ekonomi, ekologi, teknik dan politeknik.  Antara pengarang Indonesia yang pernah menjadi editor penerbit ini ialah Satyagraha Hoerip, Julius R. Siyaranamual; Jajak MD, Korrie Layun Rampan dan Sides Sudyarto DS.  Alamat terakhirnya ialah di Jalan Dewi Sartika No. 136-D, Jakarta 13630.  Direktur utamanya sejak tahun 1979 ialah Aristides Katoppo.

SASTERAPenerbitan
SENI UNTUK MASYARAKAT

SENI UNTUK MASYARAKAT, konsep yang mementingkan setiap karya atau hasil seni kreatif imaginatif seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni lakon dan lain-lain yang dihasilkan harus mempunyai arah, fungsi dana amanat yang jelas.  Pengarang menghasilkan karya yang berhubungan dengan masyarakat bawahan. Dengan itu, pengarang berharap pembaca akan dapat menghayati pemikiran dalam karya yang dihasilkan demi meningkatkan taraf hidup dan membaiki nasib diri mereka terutama dalam aspek sosioekonomi dan sosiopolitik.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas