Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.tong] | سوتوڠ

Definisi : sj ikan gurita (ikan tinta, cumi-cumi); ~ gurita sj sotong, Octopus spp.; ~ katak sj sotong, Sepia spp.; ~ mengabang, Sepio­teuthis lessoniana; ~ kering a) sotong yg di­keringkan; b) ki orang yg kurus benar; c) ki orang yg penakut, pengecut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.tong] | سوتوڠ

Definisi : nama sj binatang lunak yg bersesungut panjang dan bertulang satu; ikan gurita; ikan tinta, Sepia spp.. ~ kering a. sotong yg telah dikeringkan. b. ki orang yg sangat kurus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sotong

Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cencang atau cincang? Sotong gurita atau sotong kurita? Peha atau paha?Jawapan:

1. Cencang dan cincang = cengang
2. Sotong gurita atau sotong kurita = sotong gurita
3. Peha atau paha? = paha
Lain-lain28.10.2015
Slm, Yang manakah yang betul (sotong kurita @ sotong gurita). Saya telah check di bahagian kamus/istilah, sotong kurita. SEbaliknya di khidmat nasihat, sotong gurita. Thanks.Ejaan yang betul ialah "Sotong Gurita"Ejaan16.04.2016
Mencandat sotong atau memancing sotong..manasatu yang betul?..Istilah yang betul ialah mencandat sotong yang membawa maksud menangkap sotong dengan candatIstilah13.08.2016
Adakah ayat berikut betul? 1. Seorang lelaki sedang memilih sotong untuk membeli. 2. Seorang lelaki sedang memilih sotong untuk membelinya.Kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi "seorang lelaki memilih sotong untuk dibeli".Tatabahasa12.06.2014
Sotong kurita atau gurita?Ejaan yang betul ialah sotong gurita.Istilah10.08.2017
Salam, Saya ingin bertanya tentang cadangan padanan untuk perkataan "calamari". Adakah cuma sotong? Atau ada padanan lebih tepat. Terima kasih.Padanan perkataan selain sotong ialah cumi-cumiMakna03.04.2021
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, adakah nama makanan/hidangan seperti nasi ayam perlu ditulis dengan huruf besar di awal setiap perkataan. Cth: Nasi Ayam, Ikan Tiga Rasa, Sawi bersama Udang dan Sotong? Atau hanya bila nama hidangan itu Nasi Ayam Nyonya?Perkataan nasi ayam., sawi bersama sawi dan lain-lain ditulis dengn huruf kecil dalam ayat.Tatabahasa10.09.2014
salam, saya nak tahu sebelum "dan" perlukan letak koma? contoh: Rajin, jujur, dan amanah.Penulisan koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Walau bagaimanapun penggunaan koma sebelum dan lazimnya digunakan bagi menyenaraikan kategori yang berbeza, contohnya Ahmad ke kedai membeli ikan, ayam, sotong, dan surat khabar.Ejaan29.03.2012
1.Ibu membeli makanan laut di pasar . 2.Ibu membeli hidupan laut di pasar. Apakah yang kita panggil jika ikan,udang yang belum dimasak ? makanan laut atau hidupan laut ?

Makanan laut ialah makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hidupan laut seperti ikan, udang dan sotong. Oleh itu, yang belum dimasak itulah hidupan laut. 


Tatabahasa27.09.2010
salam, saya ingin meminta penjelasan berkenaan penggunaan kata hubung dan beserta tanda koma dalam satu ayat, adakah perlu diletakkan tanda koma sebelum kata hubung "dan"?Penggunaan tanda koma sebelum "dan" lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Penggunaan koma sebelum "dan" biasanya digunakan apabila menyenaraikan kategori, contohnya Emak ke kedai membeli, ikan, sotong, dan surat khabar.Tatabahasa11.01.2017
12

Kembali ke atas