Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.tong] | سوتوڠ

Definisi : sj ikan gurita (ikan tinta, cumi-cumi); ~ gurita sj sotong, Octopus spp.; ~ katak sj sotong, Sepia spp.; ~ mengabang, Sepio­teuthis lessoniana; ~ kering a) sotong yg di­keringkan; b) ki orang yg kurus benar; c) ki orang yg penakut, pengecut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.tong] | سوتوڠ

Definisi : nama sj binatang lunak yg bersesungut panjang dan bertulang satu; ikan gurita; ikan tinta, Sepia spp.. ~ kering a. sotong yg telah dikeringkan. b. ki orang yg sangat kurus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sotong

Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOTONG

Sotong ialah moluska laut (haiwan yang berbadan

lembut tidak bertulang) yang serupa dengan sotong

kurita, nautilus dan sotong katak. Sotong hidup di

semua laut, biasanya di laut dalam. Ia sering

berenang dalam kumpulan yang besar.

UMUM 
MOLUSKA

Moluska ialah haiwan berbadan lembut yang tidak

bertulang. Siput, lintah, kima, kupang, tiram, sotong,

dan sotong kurita ialah moluska. Kebanyakan

moluska mempunyai cangkerang keras yang

melindungi badannya yang lembut. Sesetengahnya

seperti sotong katak dan sotong tidak mempunyai

cangkerang luar. Cangkerang khas tumbuh di dalam

badannya. Cangkerang ini dikenali sebagai tulang

sotong pada sotong katak dan pen pada sotong.

Beberapa jenis moluska termasuk sotong kurita dan

lintah tertentu tidak mempunyai cangkerang

langsung. Untuk maklumat lanjut tentang

cangkerang moluska dan bagaimana ia terbentuk,

lihat Cangkerang.

UMUM 
SOTONG KURITA

Sotong kurita ialah haiwan laut berbadan bulat,

bermata besar, dan mempunyai lapan tangan yang

panjang. Terdapat kira-kira 100 spesies sotong

kurita. Spesies yang paling terkenal hidup di dasar

laut yang berbatu, berpasir, atau berlumpur di

bahagian cetek laut di seluruh dunia. Lain-lain

sotong kurita hidup di perairan dalam.

UMUM 
SOTONG KATAK

Sotong katak ialah moluska (haiwan lembut

tidak bertulang) dalam kelas yang sama dengan

sotong. Ia terdapat di kebanyakan laut kecuali di

laut di sekeliling Amerika. Ia hidup di air dalam,

tetapi kadangkala terdapat berhampiran dengan

persisiran pantai. Saiznya berbeza-beza dari kirakira

lapan sentimeter hingga kira-kira 1.8 meter

panjangnya. Badannya berwarna perang berjalurjalur

dan berbintik-bintik ungu. Ia berkilau terang

dalam cahaya matahari dan sering bertukar warna.

Badannya yang berbentuk bujur dikelilingi sirip

beropol.

UMUM 
SOTONG KURITA BERJALUR BIRU

Sotong kurita berjalur biru biasanya

terdapat di sepanjang pantai selatan Australia.

Ia boleh dikenali dengan warnanya yang berjalur

biru. Diameternya kira-kira empat sentimeter hingga

enam sentimeter. Ia mempunyai muncung bak paruh

burung nuri dan kadangkala ia menggigit manusia.

Bisa daripada kelenjar liurnya kemudian masuk ke

dalam luka. Beberapa orang telah mati kerana

digigit oleh sotong kurita ini. Gigitannya biasanya

tidak menyakitkan. Tompok kecil darah pada kulit

apabila sotong kurita ini disingkirkan adalah satusatunya

tanda bahawa mangsa telah digigit. Kesan

bisa yang pertama ialah rasa kebas. Mangsa

biasanya berhenti bernafas, memerlukan resusitasi

(pernafasan) mulut-ke-mulut sehingga dua atau tiga

jam. Rawatannya sama seperti rawatan untuk

gigitan ular. Tiada antivenen tertentu bagi gigitan

oleh sotong.

UMUM 
NAUTILUS

Nautilus ialah haiwan laut yang mempunyai

badan yang lembut yang sebahagiannya ditutup

oleh cangkerang yang berlingkar. Nautilus

tergolong ke dalam kelas haiwan yang sama

dengan sotong dan sotong kurita. Cangkerang

nautilus mengandungi kira-kira 30 ruang yang

digarisi oleh bahan berwarna pelangi yang dikenali

sebagai gewang atau nakre . Bahan ini

menyebabkan haiwan ini juga biasanya dikenali

sebagai nautilus mutiara . Nautilus tinggal pada

kedalaman antara enam meter hingga 300 meter di

Lautan Pasifik Selatan dan Lautan Hindi. Ia makan

ketam dan haiwan krustasia lain. Terdapat kira-kira

enam jenis spesies nautilus yang ada pada hari ini.

Sekurang-kurangnya terdapat 2000 bentuk fosil

daripada jenis ini yang diketahui.

UMUM 
ASSIDIAN

Assidian lihat Sotong kurita.

UMUM 
TENTAKEL

Tentakel ialah ketumbuhan yang kurus, fleksibel di

kepala atau di sekeliling mulut haiwan tertentu.

Tentakel biasanya digunakan untuk perlindungan

atau sebagai sesungut. Buran dan ubur-ubur

menggunakan tentakel untuk menangkap mangsa

sebagai makanan.

Lihat juga Haiwan (gambar); Knidaria; Moluska

(Unicangkerang atau gastropoda) ; Sotong .

UMUM 
KEROPOK

KEROPOK, makanan ringan yang diperbuat daripada campuran tepung sagu dengan isi ikan, udang, sotong atau lain-lain dan air. Ikan yang biasa digunakan ialah ikan parang, tamban, selayang, biji nangka dan conor. Bahan-bahan lain yang digunakan ialah garam dan gula pasir. Ada juga yang memasukkan serbuk lada dan ba­wang putih semasa menggaul isi ikan. 

BUDAYAMakanan
SHEARWATER

Shearwater ialah nama sekumpulan burung laut

yang hidup di lautan. Ia berbeza-beza panjangnya

dari 25 sentimeter hingga 50 sentimeter. Shearwater

berwarna perang atau hitam kekelabuan.

Sesetengah spesies mempunyai perut putih.

Ia mempunyai paruh yang bengkok sedikit,

dengan lubang hidung berbentuk tiub. Burung

ini terbang melayang di atas ombak, mengepak-ngepakkan

sayapnya yang panjang, kurus sekali-sekala

sahaja. Sesetengahnya terbang bersendirian,

tetapi yang lain berhimpun berkawanan yang

mungkin terdiri daripada ribuan ekor. Burung ini

memakan ikan, sotong, dan krustasea kecil.

UMUM 
12

Kembali ke atas