Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spi.rit] | سڤيريت

Definisi : cairan yg mengandungi alkohol yg mudah menyejat atau terbakar; ~ bermetil campuran etanol dan metanol, dgn sedikit bahan lain (digunakan sbg bahan api dan pelarut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spi.rit] | سڤيريت

Definisi : benda cair yg di dlmnya terdapat alkohol dan mudah kering atau mudah terbakar. ~ bermetil sj alkohol yg digunakan utk mengilatkan kayu dsb (bukan utk diminum). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spirit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk liquor dan spirit? Apakah perbezaan antara keduanya?Dalam pangkalan data DBP, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "liquor", iaitu likuor, arak, minuman keras dan cecair. Padanan bahasa Melayu untuk "spirit" ialah spirit.  Dalam bidang Farmasi, maksud yang diberikan untuk "spirit" ialah larutan alkohol  atau hidroalkohol suatu bahan mudah meruap. Contohnya, spirit kamfor dan spirit ammonia aromatik. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, spirit bermaksud cairan yang mengandungi alkohol yang mudah menyejat atau terbakar. Dalam bidang Biologi, maksud likuor ialah 1. Cecair yang digunakan atau yang dihasilkan daripada beberapa proses. 2. Minuman alkohol yang diminum sedikit selepas makan. Oleh itu, padanan bahasa Melayunya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.Istilah08.06.2016
Apakah terjemahan paling tepat untuk spirit? Arak/minuman beralkohol/dll?Istilah bahasa Melayu untuk "spirit" ialah spirit.Istilah08.06.2016
reviving the islamic spiritreviving the islamic spirit. Ayat tidak lengkap. Pihak KNDBP tidak memberi perkhidmatan terjemahan . Sila terjemahkan frasa ini terlebih dahulu sebelum dihantar untuk semakan kami. Untuk tujuan bantuan, cadangan terjemahan ialah: kebangkitan semangat/penghayatan Islam.Lain-lain18.05.2011
Bagaimana kita hendak menterjemahkan "spirit of the law" dalam Bahasa Melayu?"Spirit of the law" dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan kepada "maksud yang tersirat dalam undang-undang".Makna27.07.2020
Apakah terjemahan untuk "Father, Son and Holy Spirit" dalam Bahasa Malaysia?

Cadangan terjemahan bagi  Father, Son and Holy Spirit ialah "Bapa, Anak dan Roh Kudus"

Makna11.06.2022
Apakah padanan bagi 'spirit medium' dalam bahasa Melayu?Untuk mendapatkan makna khusus dari segi istilah adalah bergantung kepada laras atau bidang yang bersesuaian. Sila nyatakan konteks atau bidang khusus perkataan tersebut untuk pihak kami membuat rujukan bagi mendapatkan padanan yang bersesuaian.Lain-lain27.10.2010
"I'll be there in spirit" apakah terjemahan yang paling tepat bagi ayat ini. Konteksnya adalah menolak jemputan ke suatu majlis.Salam sejahtera,

Secara ringkasnya frasa di atas ialah penolakan untuk memenuhi undangan seseorang.
Cadangan dalam bahasa Melayu yang boleh dicadangkan ialah ' saya berharap majlis tersebut berjalan dengan lancar'.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain12.06.2019
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..., saya ingin bertanya tentang terjemahan bagi "spirit away"/"spirited away" yang dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Adakah "disorok hantu" atau "kena sorok" sesuai digunakan?Kami mencadangkan perkataan spirited away diterjemahkan kepada disorok hantu. Walau bagaimanapun terjemahan ini hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan11.07.2023
Salam sejahtera, sekiranya perkataan 'intrapreneurship' dan 'joint-venture' berada dalam SATU AYAT YANG SAMA, apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai digunakan bagi kedua-dua istilah Bahasa Inggeris tersebut? Contoh ayat: "He initiated joint venture for his current company with another established companies whilst unleashing his intrapreneurship spirit." Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi ayat yang diberikan He initiated joint venture for his current company with another established companies whilst unleashing his intrapreneurship spirit. ialah "Beliau memulakan usaha sama untuk syarikatnya sekarang dengan syarikat lain yang lebih kukuh bagi menyemarakkan semangat usaha sama beliau."Makna12.09.2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin dapatkan padanan terjemahan untuk istilah "sign" dan "soul" bagi konteks ayat berikut: "In demonology, a seal, also known as a sigil, is the signature of a devil, demon or similar spirit, usually in order to sign a soul away."Cadangan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat yang diberikan bagi "usually in order to sign a soul away" ialah kebiasaannya untuk menggadaikan jiwa.Makna25.01.2021
12

Kembali ke atas