Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spi.rit] | سڤيريت

Definisi : cairan yg mengandungi alkohol yg mudah menyejat atau terbakar; ~ bermetil campuran etanol dan metanol, dgn sedikit bahan lain (digunakan sbg bahan api dan pelarut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spi.rit] | سڤيريت

Definisi : benda cair yg di dlmnya terdapat alkohol dan mudah kering atau mudah terbakar. ~ bermetil sj alkohol yg digunakan utk mengilatkan kayu dsb (bukan utk diminum). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spirit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPIRIT '76

Spirit ’76 ialah pemandangan patriotik yang

masyhur yang dilukis sekitar tahun 1875 oleh

pelukis Amerika, Archibald M. Willard.

Pemandangan ini menunjukkan seorang peniup

seruling bersama-sama dengan dua orang pemalu

gendang mengepalai askar Amerika ke medan

peperangan semasa Revolusi Amerika. Willard

melukis beberapa versi The Spirit of ‘76 ini.

UMUM 
MONTESQUIEU

Montesquieu (1689–1755) ialah ahli falsafah

Perancis. Hasil penulisan utamanya bertajuk The

Spirit of the Laws (1748) mempengaruhi penulisan

perlembagaan di seluruh dunia.

UMUM 
MALT

Malt ialah produk makanan yang terhasil apabila

barli dan sesetengah bijian yang lain diproses

secara khusus. Ia digunakan dalam proses

membuat bir dan menyuling spirit, dan sebagai

sumber perisa atau bau-bauan dalam pelbagai

barangan, yang dimasak, gula-gula, bijirin, dan

makanan bayi.

UMUM 
OERSTED, HANS CHRISTIAN

Oersted, Hans Christian (1777–1851), ahli fizik

dan ahli kimia Denmark, yang meletakkan asas bagi

sains elektrokemagnetan (lihat Elektromagnet ).

Pada tahun 1820, dia mendapati bahawa jarum

kompas bergetar setiap kali dia meletakkannya

berdekatan dengan wayar yang membawa arus

elektrik. Dia mendapati bahawa setiap pengalir

yang membawa arus elektrik dikelilingi oleh

medan magnet. Oersted juga dianggap telah

menghasilkan aluminium yang pertama, pada

tahun 1825 [lihat Aluminium ( Aluminium yang

pertama)]. Dia menulis Spirit of Nature (1850).

Oersted lahir di Rudk øb ing, Denmark.

UMUM 

Kembali ke atas