Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spiritual 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang dua soalan di bawah: 1. Bolehkah "Material wealth and Spiritual wealth" diterjemahkan sebagai "kekayaan kebendaan dan kerohanian"? 2. Ejaan untuk Confucius dalam bahasa Melayu ialah 'Confucius', 'Konfusius' atau 'Konfucius'? Terima kasih.1. "Material wealth and spiritual wealth" boleh diterjemahkan sebagai kekayaan benda dan rohani dalam bahasa Melayu.

2. Padanan "Confucius" dalam bahasa Melayu ialah Confucius.
Makna30.08.2020
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan pengesahan untuk terjemahan beberapa perkataan/frasa: 1) persada - dalam konteks "persada seni", adakah pengertiannya lebih kepada industri seni secara amnya atau wadah yang digunakan dalam industri seni? 2) truthful knowledge - ilmu sahih, adakah terjemahan ini tepat, atau pun padanan dalam bahasa Inggeris lebih tepat "valid knowledge"? 3) spiritual struggle - jihad kerohanian, bolehkah istilah ini digunakan dalam konteks keagamaan?Berikut merupakan jawapan untuk soalan-soalan yang dinyatakan:

1. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, "persada" bermaksud bidang yang diceburi. Oleh itu, persada seni bermakna bidang seni.

2. Padanan bahasa Melayu untuk "truthful knowledge" ialah ilmu sebenar.

3. Padanan bahasa Melayu untuk "spiritual struggle" ialah perjuangan kerohanian. Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Lain-lain03.06.2022
Salam sejahtera tuan/puan, saya ingin minta bantuan pihak tuan/puan untuk menyemak terjemahan berikut; 1. The flag of thought leads the way : Gagasan pemikiran/ideologi menerajui hala tuju @ Gagasan pemikiran/ideologi memacu hala tuju @ Bendera pemikiran/ideologi menerajui hala tuju 2. Guiding position of thought on socialism : Kedudukan panduan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme @ Kedudukan pimpinan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme @ Kedudukan bimbingan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme 3. Thought on Socialism with Chinese Characteristics for a New Era : Ideologi/pemikiran/fahaman sosialisme yang bercirikan China pada era baharu 4. Party's guiding ideology : Ideologi panduan/bimbingan parti 5. common will of the whole society : Hasrat Bersama seluruh masyarakat 6. ideological banner of the Party : sepanduk ideologi Parti 7. faith in socialism : kepercayaan/keyakinan dalam sosialisme 8. political soul : semangat politik @ maruah politik @ jiwa politik 9. spiritual pillar : pendorong semangat Terima kasih.

Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:



1. The flag of thought leads the way: Gagasan pemikiran/ideologi/fahaman menerajui/memacu/memandu hala tuju

2. Guiding position of thought on socialism: Kedudukan panduan/bimbingan/ideologi/fahaman pemikiran sosialisme

3. Thought on Socialism with Chinese Characteristics for a New Era: Ideologi/pemikiran/fahaman sosialisme yang bercirikan China pada era baharu

4. Party's guiding ideology: Ideologi panduan/bimbingan parti

5. common will of the whole society: Hasrat bersama seluruh masyarakat

6. ideological banner of the party: Lambang/isi utama ideologi parti

7. faith in socialism: kepercayaan/keyakinan pada sosialisme

8. political soul: semangat/maruah/jiwa politik

9. spiritual pillar: asas/tonggak rohani/semangat

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Makna21.02.2022

Kembali ke atas