Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spon.tan] | سڤونتن

Definisi : tidak dgn paksaan, dgn desakan atau gerak hati sendiri sahaja, berlaku atau tercetus dgn sendiri (tidak dgn dipaksa-paksa atau setelah dirancang-rancang): kita ingin melihat penyair-penyair secara ~ menyuarakan sesuatu yg berfaedah utk insan sejagat; penerimaan dan pengertian masyarakat terhadap sesuatu yg baru tidak selalunya ~; kespontanan keadaan spontan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spon.tan] | سڤونتن

Definisi : berlaku (bergerak, terjadi dll) serta-merta menurut gerak hati sendiri dan tidak dgn paksaan atau dgn desakan orang lain: Orang ramai secara ~ telah memberikan bantuan kpd mangsa-mangsa banjir itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
spontan (adverba)
Bersinonim dengan serta-merta, segera.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud perkataan 'spontanenous'?Maknanya ialah spontan.Makna20.05.2010
1. Bagaimanakah dengan kosa kata~ 'jawaban' dengan 'jawapan'? 2. Adakah jawaban untuk menjelaskan apa-apa yang dijawab dengan secara spontan, manakala ' jawapan' untuk menjelaskan bahagian jawapan yang ditulis atau yang ditaip?Untuk makluman, jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.Tatabahasa01.10.2015
Simpulan Bahasa adalah gabungan dua perkataan yang biasa digunakan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu untuk mengambarkan sifat-sifat, tingkahlaku, situasi dan perangai spontan mausia dalam menjalani kehidupan harian mereka. Rujuk fail yang dilmpirkan.

DBP mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan.  Peribahasa Tekak Biawak memang wujud.  Kemungkinan dalam penyusunan buku peribahasa, peribahasa tekak biawak ini telah terlepas pandang.  Pihak kami mengambil maklum.  Peribahasa ini akan dimasukkan dalam penyusunan buku peribahasa akan dating.

Lain-lain11.08.2016
Why is there a whooshing sound when you place a cup over your ear? apakah perkataan whooshing dalam bahasa melayuTiada terjemahan bagi perkataan whooshing. Whoosing itu sendiri bermaksud tindak balas kita untuk menekankan suatu perkara atau tindakan spontan apabila kita berhadapan dgn sesuatu perkara.Penyemakan dan penterjemahan15.12.2017
Kebanyakan penutur BM, termasuk pembaca berita sering tersilap menggunakan kata UNTUK bagi menggantikan perkataan SELAMA; Contoh Kursus itu diadakan untuk dua minggu, sedangkan sepatutnya; Kursus itu diadakan selama dua hari. Dalam hal ini, saya sering tertanya-tanya, adalah para pembaca berita ini bercakap secara spontan atau ada skrip. Satu lagi stesen radio sering menggunakan kata kerja yang tak gramatis kerana tidak membubuh imbuhan me...i, me.....kan. Apakah pandangan pihah DBP dalam hal ini?Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pembaca berita membacakan berita berpandukan skrip yang disediakan. Sepatutnya berita tersebut dihasilkan dalam bahasa yang betul dan disampaikan dengan bahasa dan cara yang betul termasuklah dari aspek sebutan dan jeda antara satu berita dengan berita yang lain. Tatabahasa10.04.2012
Abdul Hakam Iklan Jawatan Kosong yang disiarkan dalam FB DBP. Salam. Boleh berikan saya jaringan sesawang bagi permohonan jawatan ini. Saya sudah buka laman sesawang DBP tetapi saya tidak jumpa dengan jaringan ini. Maaf, atas laras bahasa saya guna di atas kerana menggunakan laras bahasa spontan. Saya mohon pertolongan agar pihak tuan dapat berikan jaringan sesawang bagi permohonan jawatan berkenaan. Sekian, terima kasih.Pihak tuan boleh melayari laman sesawang kami http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan jawatan kekosongan tersebut. Sila klik pada menu "Tawaran Kerja Kosong". Terima kasih.Lain-lain27.11.2016
Salam. Saya ingin bertanya.. adakah pantun bahasa menerusi pesta buku nanti itu ialah pertandingan? Bolehkah kami menyertainya?Terima kasih menjadikan DBP sebagai sahabat di hujung jari. Pantun Bahasa yang dianjurkan di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 bersifat merakyatkan pantun. Pantun akan dijadikan medium untuk menghidupkan suasana di pentas utama dalam bentuk berbalas pantun secara spontan. Silalah datang beramai-ramai ke sana nanti. Terima kasihLain-lain14.04.2014
1) Setiap hari perkataan pinjaman dari pelbagai bahasa (terutamanya B.Inggeris) masuk ke dalam kosa kata B.Melayu melalui media. Adakah DBP mempunyai perancangan untuk mengutip dan merekod perkataan-perkataan tersebut untuk kegunaan ramai contohnya spt Kamus Oxford (http://www.oed.com/news/updates/newwords0806.html) yang mempunyai kemaskini perkataan baru setiap bulan. 2) Sekiranya tiada perancangan spt (1), kenapa dan apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh DBP untuk mengadakan laman web perkataan TERKINI dlm B.Melayu seperti yang dilakukan oleh Oxford Dictionary? 3) Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan bergerak dengan sendirinya, terutamanya bidang kosa kata. Apakah polisi DBP berkenaan perkataan2 pinjaman yang baru yang wujud secara spontan terutamanya di media massa?Kerja-kerja perekodan perkataan sama ada perkataan pinjaman ataupun perkataan bahasa Melayu jati dilaksanakan melalui pengumpulan data melalui data korpus oleh Bahagian Perkamusan.  Perkataan-perkataan yang terkumpul dalam data korpus tersebut akan dikaji dan dinilai kesesuaiannya sebelum dirakamkan di dalam kamus. Hal ini sama juga dengan perkataan pinjaman yang baharu yang wujud secara spontan di media massa. Lazimnya perkataan pinjaman  yang  terdapat padanan kata dalam bahasa Melayu bagi perkataan tersebut dan sudah mantap penggunaannya maka kata dalam bahasa Melayu disyorkan digunakan.   Lain-lain14.07.2008
1. apakah pandangan dbp terhadap perkembangan bahasa (code switching) iaitu bm ke bi dan sebaliknya. 2. sejauhmanakah pengaruh bahasa inggeris ke dalam bahasa melayu dan apakah kesan2nya. 3. sekiranya saya ingin tahu lebih lanjut tentang hal di atas siapakah pegawai dbp yg boleh dihubungi atau dari mana sumber rujukan boleh diperolehi

Saudara,

'Code switching' biasanya berlaku secara spontan dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa yang menguasai dua bahasa atau lebih.  Dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul dan sempurna tidak seharusnya berlaku 'code switching'. Untuk maklumat lanjut saudara perlu membuat kajian dan rujukan kepustakaan  tentang perkara ini di perpustakaan di tempat saudara atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui alamat khidmat1@dbp.gov.my.

     

Lain-lain14.10.2009

Kembali ke atas