Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep ston. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata st I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Bagaimana untuk mentakrifkan -ST segment elevation acute myocardial infarction ke dalam bahasa Melayu untuk bidang perubatan?Untuk makluman tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus "ST segment elevation acute myocardial infarction". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu  yang dicadangkan ialah penginfarkan miokardium akut elevasi segmen ST.Istilah29.10.2013
Assalamualaikum apakah ejaan jawi bagi perkataan st.anne's convent.....terima kasihEjaan Jawi bagi perkataan st. anne’s convent ialah 
سين‌ت انز كونۏن‌ت
Ejaan18.03.2022
Menurut jawapan yang diberikan oleh tuan tentang digraf dan konsonan benrgabung pada 7 mei,maka,'st' dalam "standard' ialah digraf,dan "st" dalam "kastam" ialah konsonan bergabung.Adakah pemahaman saya betul?Sekian dan terima kasih.Pemahaman tuan berkenaan dengan digraf dan konsonan bergabung seperti contoh yang dinyatakan adalah betul.Tatabahasa13.05.2014
yearning

Saudara,

Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun, makna yearning ialah : 

~ for st, yearn for st, teringin: the woman ~ed for a house of her own, perempuan itu teringin memiliki rumahnya sendiri. 
  

Lain-lain06.08.2010
Perlukah nama sesebuah negara seperti Trinidad and Tobago, St. Vincent and Grenadines diterjemahkan?Untuk makluman, nama di Negara luar Malaysia yang digunakan secara rasmi di Malaysia hendaklah dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan jika perlu. Nama tersebut hendaklan berdasarkan senarai nama dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan olej Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, termasuklah nama:

1. St. Vincent and Grenadines yang perlu dieja sebagai Vincent dan the Grenadines
2. Trinidad and Tobago yang perlu dieja sebagai Trinidad dan Tobago
Lain-lain26.05.2017
1. lump sum 2. acceptance 3. st. purchase 4. possession1. sekali gus 2. penerimaan 3. jual beli 4. pemilikkanLain-lain13.02.2009
Salam sejahtera. Adakah terjemahan ini betul untuk konteks berikut: ST: They are opening for the rock band concert. TT: Mereka akan merasmikan konsert kumpulang rock tersebut.Terjemahan yang betul ialah Mereka akan membuat persembahan pembukaan untuk konsert kumpulan rock Makna13.03.2017
Standard, stor, kompleks, konkrit berasal dari bahasa inggeris, phonic inggeris kr, st.... ialah consonant blends. Kenapa konkrit dalam jelasan DBP ialah dipisahkan oleh n,k , kalau ikut bahasa inggeris sepatutnya ialah kr. adakah konsonan bergabung sama dengan bahasa inggeris consonant blends saya amat keliru. http://blog.maketaketeach.com/teaching-blends-and-digraphs/#_Pihak kami telah merujuk Munsyi Dewan berkenaan permasalahan bahasa ini. Sebarang perkembangan terkini mengenai digraf dan konsonan bergabung akan kami maklumkan kepada pihak puan. Sehingga kini, dalam data kami,  konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Tatabahasa14.05.2014
Salam sejahtera Tuan; Bagaimanakah mengenal pasti sama ada digraf atau konsonan bergabung dalam sesuatu perkataan? ng, ny, st, sw, pl, pr, br, bl, sl, kl, kr Sekian terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini.
Tatabahasa19.02.2014
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan pillarPillar menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  <i>st resembling a pillar,i> (<i>of rocki>) berceracak; (<i>of smokei>) tegak menjulang; (<i>of firei>) menjulang: <i>~s of granite rock,i> batuan granit yang berceracak; <i>a ~ of black smoke rose from the factory,i> asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. <i>strong supporter, active member,i> tunggak, penunjang: <i>he is one of the ~s of the Labour Party,i> dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; <i>people were shocked to find out that such a ~ of society was involved,i> orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar&d=1
Penyemakan dan penterjemahan30.07.2015
123

Kembali ke atas