Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sta.bil] | ستابيل

Definisi : I 1. tidak berubah-ubah atau turun naik dsb dgn kerapnya (bkn harga dll); 2. tidak bergoyang (bkn kenderaan dll); 3. mantap, kukuh, tenang, tidak bergolak (bkn keadaan politik dsb): politik yg ~; menstabilkan menjadikan stabil (tidak berubah-ubah, tenang, mantap), memantapkan: menjual sedikit-sedikit utk ~ harga, jangan membanjiri pasar dgn sekali gus; kestabilan perihal atau keadaan stabil (ekonomi dll) kemantapan, stabiliti: kerajaan perlu sekali mengawal dasar kewangannya bagi menjaga ~ kewangan negara; ketidakstabilan perihal atau keadaan tidak stabil: salah satu punca utama masalah ekonomi yg dihadapi oleh negara adalah akibat ~ sistem ekonomi dunia; penstabilan proses (usaha, tindakan) menstabilkan (ekonomi, harga, dll), stabilisasi, pemantapan; penstabil alat (faktor dll) utk menstabilkan (ekonomi, harga, dll), pemantap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sta.bil] | ستابيل

Definisi : (S.Lukis) arca pegun berbentuk abstrak yg biasanya diperbuat drpd dawai, kepingan logam dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sta.bil] | ستابيل

Definisi : 1 kukuh keadaannya (bkn pe­merintahan, bangunan dsb); mantap: Politik yg ~ menjamin kemakmuran negara. 2 tidak turun naik (ttg harga barang, prestasi permainan dll). 3 tidak bergoyang (bkn kenderaan dsb); seimbang. menstabilkan menjadikan stabil: Negara telah dpt ~ harga timah dlm lingkungan harga yg wajar. kestabilan keadaan atau hal stabil. penstabilan per­buatan atau hal menstabilkan; pe­mantapan. penstabil alat, faktor dll yg menstabilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
stabil (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan tetap, mantap, teguh, kukuh, kuat, tahan, tidak berubah-ubah;,
Kata Terbitan : menstabilkan, kestabilan, penstabilan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decaysusutanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikProses peleraian bahan nuklid yang tidak stabil untuk mencapai keadaan stabil. Semasa proses ini berlaku, sinaran radioaktif dihasilkan. Sinonim proses susutan.
stable tracer isotopeisotop penyurih stabilKejuruteraanTiadaIsotop stabil yang digunakan sebagai penyurih.
water-stable aggregateagregat stabil airPertanianTiadaAgregat tanah yang stabil kepada tindakan air seperti tindakan dampak titis hujan atau kocakan dalam analisis pengayakan basah.
stable equilibriumkeseimbangan stabilMekanikGunaanKeseimbangan jasad yang berpadanan dengan keadaan tenaga upaya minimum. Sasaran kecil yang dikenakan pada jasad itu akan menyebabka peningkatan tenaga upya dan jasad itu akan cenderung untuk kenmbali ke kedudukan asal. Keadaan keseimbangan stabil wujud jika dV/dx = 0 dan d2V/dx2>0, dengan V sebagai tenaga upaya dan x sabagai sesaran. Lihat juga keseimbangan neutral, keseimbangan tak stabil.
labilelabilKimiaBiokimiaKeadaan sistem atau sebatian yang tidak stabil. Keadaan ini akan menjadi stabil apabila diganggu walaupun pada kadar gangguan yang sedikit.
bumpyhentakanAeroangkasaTiadaSatu keadaan yang tidak stabil dalam penerbangan disebabkan arus udara yang bergelora.,Satu keadaan yang tidak stabil dalam penerbangan disebabkan arus udara yang bergelora.
simple framekerangka mudahKejuruteraanKejuruteraan BangunanKerangka yang stabil dan berupaya melawan tindakan daya-daya dari sebarang arah, tetapi akan menjadi tidak stabil jika salah satu daripada anggota strukturnya dikeluarkan.
metallurgical nucleusnukleus metalurgiKejuruteraanTiadaKelompok atom daripada fasa baru yang lebih stabil terbentuk di dalam fasa yang kurang stabil.
monostable circuitlitar monostabilFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanLitar yang mempunyai hanya satu keadaan stabil dan litar tersebut kembali kepada keadaan stabil dalam julat masa tertentu setelah terpicu.
radionuclideradionuklidFizikAtom dan NuklearNuklid radioaktif yang berupa isotop tak stabil bagi suatu unsur yang mereput atau menyepai secara spontan dan memancarkan sinaran. Sinonim nuklid tak stabil.
12345678910...

Kembali ke atas