Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[staf] | ستف

Definisi : 1. kumpulan pekerja yg bekerja bersama-sama (di bawah ketua dll yg sama), kakitangan; 2. kumpulan pegawai kanan tentera yg memimpin (mengatur dll) tentera: S~ Angkatan Darat; ~ sarjan pegawai tentera yg pangkatnya setingkat di atas sarjan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[staf] | ستف

Definisi : 1 kumpulan orang yg bekerja di tempat yg sama (di bawah ketua yg sama); kakitangan. 2 pegawai kanan yg memimpin atau yg mengatur tentera: ~ Angkatan Darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
staf
Rujuk :kerja, pekerja,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
levelling staffstaf pengarasanKejuruteraanTiadaStaf, sepanjang 2 hingga 5 meter dan biasanya bersenggat dalam meter dan sentimeter, yang dibawa oleh pekerja staf dalam kerja aras dan kerja stadia.
staffstafMuzikTiada

Sekumpulan lima garisan untuk menulis not muzik. Dua kumpulan staf yang digabungkan sebagai staf trebel dan staf bes dikenali sebagai grand staff.

bracketkurunganMuzikTiada

 Tanda ([) di sebelah kiri staf muzik untuk menandakan satu kumpulan staf muzik. Kumpulan staf muzik ini dikenali se­bagai sistem muzik. Satu sistem muzik melibatkan alat muzik yang dimainkan secara serentak. Tanda ini digunakan dalam skor orkestra dan skor muzik kamar.

ancillary staffstaf sokonganPendidikanTiadaStaf yang tidak mengajar di sekolah atau institusi pendidikan yang melakukan kerja sokongan seperti perkeranian dan tugas baik pulih.
staff unionkesatuan stafPentadbiranTiadaKesatuan staf kolar putih yang selalunya begitu berpengaruh dalam organisasi.
staff notationstaf notasiKesenianTiadaNotasi muzik yang menggunakan garisan staf.
staff systemsistem stafKesenianTiadaSistem muzik yang menggunakan garisan staf.
intrarelation constraintkekangan intrahubunganTeknologi MaklumatTiadaPengumpulan nilai sesuatu atribut dalam satu pengenalan. Jika atribut pengenalan staf bermula dengan huruf W, staf tersebut ialah seorang wanita.
delegationpenugasanPengurusanPerancanganProses memindahkan kuasa sah dan tanggungjawab daripada seseorang pengurus kepada staf yang berada dalam kedudukan yang lebih rendah dalam struktur hierarki sesebuah organisasi. Tujuan penugasan lazimnya adalah untuk meneruskan tugas yang diwakilkan kerana ketiadaan pengurus atau sebagai sebahagian daripada pendekatan pembangunan kompetensi staf yang berkenaan. Lihat juga pemerkasaan.
staffstafGeografiTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas