Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stail] | ستاءيل

Definisi : 1. cara atau gaya melakukan sesuatu (mengarang, bercakap, dll): ia adalah seorang tokoh sastera yg mempunyai ~, gaya bawa yg tersendiri; 2. bentuk, potongan, atau fesyen (pakaian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stail] | ستاءيل

Definisi : 1 cara atau gaya melakukan sesuatu (spt mengarang, berlakon). 2 cara se­suatu pakaian dipotong atau dijahit dsb; potongan; fesyen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stail


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAFRON

Safron ialah pewarna kuning terang dan perisa

makanan. Ia dihasilkan dengan mengeringkan stigma

dan sebahagian daripada stail krokus ungu musim

luruh yang dikenali secara saintifik sebagai Crocus

Satirus (lihat Krokus ). (Stigma dan stail adalah

bahagian bunga yang mengandungi biji). Lebih

kurang 4000 bunga menghasilkan kira-kira 28 gram

safron komersial. Safron mempunyai bau yang

harum, tetapi rasa yang pahit. Ia digunakan dalam

masakan dan untuk memperisa dan

mewarnakan gula-gula. Penduduk di Eropah dan

India menggunakannya untuk memperasa pelbagai

makanan.

UMUM 
SICKERT, WALTER RICHARD

Sickert, Walter Richard (1860–1942), pelukis Jerman

yang mempunyai kemahiran teknikal dan

stail yang penuh imaginasi sehingga

mempengaruhi lukisan di United Kingdom. Dia

ialah ketua New English Art Club, tetapi kemudian

berpecah untuk membentuk Camden Town Group.

Sickert lahir di Munich dan belajar di Slade School

London, di bawah bimbingan James Whistler. Dia

dipilih memasuki Royal Academy pada tahun 1934.

Lihat juga Whistler, James Abbott McNeill.

UMUM 
MOZART, WOLFGANG AMADEUS

Mozart, Wolfgang Amadeus (1756–1791)

ialah penggubah muzik Austria, dianggap antara

genius muzik yang terulung dan paling kreatif

sepanjang zaman. Bersama-sama Joseph Haydn,

Mozart merupakan penggubah stail klasik yang

terkemuka pada akhir tahun 1700-an. Mozart

meninggal dunia sebelum hari jadinya yang ke-36,

tetapi dia meninggalkan lebih daripada 600

gubahan.

UMUM 
KNIGHT, DAME LAURA

Knight, Dame Laura (1877–1970) ialah pelukis

Inggeris yang terkenal kerana lukisannya tentang

balet, sarkas, dan kehidupan orang gipsi. Stail

lukisannya yang hidup dan asli serta penggunaan

warna, yang terang memberi kekuatan kepada

lukisan-lukisannya.

UMUM 
O'KEEFFE, GEORGIA

O’Keeffe, Georgia (1887–1986) ialah pelukis

wanita Amerika yang mendapat kebanyakan

ilhamnya daripada alam semula jadi. Lukisan

bunganya yang dihasilkannya sepanjang

kerjayanya merupakan karyanya yang terkenal.

Dia juga terkenal kerana lukisan tengkorak haiwan

dan landskap gurun. Dia melukis dengan stail

yang begitu tersendiri, menggunakan warna yang

terang dan garang. Bentuk-bentuk yang

dilukisnya begitu halus dan mudah, lazimnya

dalam reka bentuk yang sangat abstrak.

UMUM 
SENI BINA PASCA MODENGerakan senibina Pasca Moden yang telah dikenal pasti bermula pada akhir tahun 1900-an. Pada mulanya ia hanyalah teori akademik dari perkembangan pemikiran intelektual dan tidak ada stail yang dominan.KEJURUTERAANAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi

Kembali ke atas