Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stan.dard] | ستندرد

Definisi : 1. Id panji-panji; 2. Id penopang yg berkaki (pd tiang bendera dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stan.dard] | ستندرد

Definisi : 1. sesuatu yg diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar utk mengukur (menilai dsb) sesuatu yg lain (spt berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll), piawai: supaya tinggi mutu barangnya, tiap-tiap pengilang cuba me­nentukan supaya barang keluarannya itu memenuhi ~ yg tertentu; 2. taraf (kehidupan); 3. sesuatu yg dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sbg ukuran nilai (harga): ~ emas; 4. (bentuk bahasa, ejaan, dsb) yg betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku: bahasa (ejaan) ~; menstandardkan menjadikan standard (bahasa, ejaan, dsb), membakukan: usaha-usaha utk ~ bahasa Melayu telah lama dijalankan oleh DBP; penstandardan perihal menstandardkan, standardisasi, pembakuan: ~ tatabahasa bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stan.dard] | ستندرد

Definisi : 1 bendera rasmi bagi seseorang raja atau ketua negara. 2 sesuatu yg dijadikan dasar utk sukatan (berat, panjang dll); piawai. 3 taraf atau darjah kebaikan sesuatu. 4 dpt diterima sbg yg rasmi atau yg sah (bkn ejaan dsb); baku: bahasa ~. menstandardkan menjadikan standard: ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata standard


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Nombor yang berwarna merah menyatakan "standard pembelajaran" dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 2. Dalam KSSR ada kriteria untuk mengukur setiap "standard kandungan". Adakah ungkapan “standard pembelajaran” dan "standard kandungan” persis?Dari aspek bahasa "standard kandungan" dan "standard pembelajaran" membawa maksud yang berbeza. Walau bagaimanapun ada kemungkinan kedua-dua ungkapan tersebut merujuk perkara yang sama jika kementerian berpendapat pembelajaran berasaskan kandungan yang telah disediakan. Oleh itu, sila rujuk dengan pihak Kementerian Pelajaran untuk kesahihan penggunaan ungkapan tersebut.Makna21.04.2012
Apakah maksud “standard input” dan standard output?Kedua-dua standard itu boleh ditetapkan atau tidak?Standard input dan standard output boleh ditetapkan bergantung pada piawaian yang ditetapkan.Lain-lain09.07.2022
Yang mana lebih tepat dari segi tatabahasa. Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau Kurikulum Sekolah Rendah Standard.Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermaksud kurikulum yang standard bagi sekolah rendah; manakala Kurikulum Sekolah Rendah Standard bermaksud kurikulum sekolah rendah yang standard. Kami berpandangan Kurikulum Sekolah Rendah Standard lebih tepat kerana yang diperkatakan adalah tentang kurikulum sekolah rendah.Tatabahasa05.12.2016
Perkataan 'standard' dalam bahasa malaysia bagi ayat berikut. -Penganjuran majlis hendaklah menepati peraturan dan protokol yang standard.Perkataan standard diterima dalam bahasa Melayu. Sila layari standard">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=standard untuk makna standard.Tatabahasa10.09.2013
Assalamualaikum w.b.t. Adakah perkataan "standard" boleh digunakan sebagai perkataan bahasa melayu? Terima kasih.Perkataan standard diterima dalam bahasa Melayu. Sila layari standard" Search.aspx?k="standard</A"> untuk makna standard.Tatabahasa11.12.2013
busines dalam BMtidak standard- yang standard perniagaanMakna04.05.2007
Dalam satu bahan taklimat tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah, ada ayat “Memastikan semua murid melepasi piawai standard yang ditetapkan.” Adakah ungkapan “piawai standard” diterima pakai oleh DBP?Perkataan piawai dan standard mempunyai makna yang setara. Oleh itu, perkataan "piawai standard" tidak digunakan secara berurutan dalam satu frasa/ayat.Tatabahasa01.05.2012
Pertanyaan. Apakah istilah sebenar bagi SOP (Standard Operating Procedures)? Di dalam PRPM memberikan hasil gelintaran berikut iaitu tatacara operasi standard tetapi di kebanyakan akhbar pula menggunakan Prosedur Operasi Standard. Mohon kepastian.Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah Prosedur Kendalian Standard, walau bagaimanapun tidaklah menjadi suatu kesalahan jika menggunakan istilah Prosedur Operasi standard.Istilah02.11.2011
Standard, stor, kompleks, konkrit berasal dari bahasa inggeris, phonic inggeris kr, st.... ialah consonant blends. Kenapa konkrit dalam jelasan DBP ialah dipisahkan oleh n,k , kalau ikut bahasa inggeris sepatutnya ialah kr. adakah konsonan bergabung sama dengan bahasa inggeris consonant blends saya amat keliru. http://blog.maketaketeach.com/teaching-blends-and-digraphs/#_Pihak kami telah merujuk Munsyi Dewan berkenaan permasalahan bahasa ini. Sebarang perkembangan terkini mengenai digraf dan konsonan bergabung akan kami maklumkan kepada pihak puan. Sehingga kini, dalam data kami,  konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Tatabahasa14.05.2014
Standard practiceAmalan piawaiIstilah13.02.2009
12345678910...

Kembali ke atas