Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stan.dard] | ستندرد

Definisi : 1. Id panji-panji; 2. Id penopang yg berkaki (pd tiang bendera dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stan.dard] | ستندرد

Definisi : 1. sesuatu yg diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar utk mengukur (menilai dsb) sesuatu yg lain (spt berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll), piawai: supaya tinggi mutu barangnya, tiap-tiap pengilang cuba me­nentukan supaya barang keluarannya itu memenuhi ~ yg tertentu; 2. taraf (kehidupan); 3. sesuatu yg dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sbg ukuran nilai (harga): ~ emas; 4. (bentuk bahasa, ejaan, dsb) yg betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku: bahasa (ejaan) ~; menstandardkan menjadikan standard (bahasa, ejaan, dsb), membakukan: usaha-usaha utk ~ bahasa Melayu telah lama dijalankan oleh DBP; penstandardan perihal menstandardkan, standardisasi, pembakuan: ~ tatabahasa bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stan.dard] | ستندرد

Definisi : 1 bendera rasmi bagi seseorang raja atau ketua negara. 2 sesuatu yg dijadikan dasar utk sukatan (berat, panjang dll); piawai. 3 taraf atau darjah kebaikan sesuatu. 4 dpt diterima sbg yg rasmi atau yg sah (bkn ejaan dsb); baku: bahasa ~. menstandardkan menjadikan standard: ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata standard


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
perintang piawaistandard resistorPerintang yang mempunyai kadar rintangan yang telah ditetapkan.Menengah Rendah
unit piawaistandard unitUnit seragam berdasarkan Sistem Antarabangsa yang digunakan sebagai unit asas pengukuran. Contohnya, meter, kilogram dan saat.Sekolah Rendah
alat piawaistandard toolAlat yang telah ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pembaris atau pita pengukur digunakan untuk mengukur panjangnya sesuatu objek. Lihat RajahSekolah Rendah
alat tidak piawainon-standard toolAlat yang tidak ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pensel digunakan untuk mengukur panjang sesuatu objek. Lihat RajahSekolah Rendah
kariotipkaryotypeSusunan standard bagi kromosom pelengkap yang disediakan bagi analisis kromosom. Kariotip normal bagi wanita akan mengandungi 22 pasang autosom (kromosom bukan seks), disusun dalam susunan angka bersama-sama dengan 2 kromosom X.Menengah Atas

Kembali ke atas