Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata standard operating procedure


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Standard Operating Procedure - terjemahan dalam Bahasa Melayu ?Padanan bahasa Melayu bagi istilah "Standard Operating Procedure" ialah Tatacara Pengendalian Piawai.Ejaan01.06.2020
Standard Operating Procedure dalam bidang akaun adakah boleh diterjemahkan "Porsedur Operasi Standard"?Untuk makluman, padanan terjemahan bagi istilah "Standard Operating Procedure" ialah Tatacara Pengendalian Piawai.Penyemakan dan penterjemahan09.10.2019
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi 'Standard Operating Procedure'.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu  yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard.Istilah10.01.2012
Penggunaan perkataan Standard Operating Procedure (SOP) dalam bahasa malaysia adakah Prosidur Oprasi Standard ataupun Prosidur Tetap Operasi atau ada perkataan lain yang berkaitanUntuk makluman, istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard.Istilah26.11.2012
Apakah terjemahan Standard Operating Procedure (SOP) di dalam Bahasa Melayu? Bagaimana pula dengan ringkasan SOP, adakah ia boleh digunakan dalam ayat Bahasa Melayu?

Untuk makluman, istilah bahasa Melayu  yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard dan Prosedur Operasi Standard.


Dalam penulisan, SOP boleh digunakan dalam bahasa Melayu sekiranya pada awal penulisan dijelaskan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu.

Penyemakan dan penterjemahan12.08.2020
Apa terjemahan yang tepat bagi SOP atau Standard Operating Procedures dalam Bahasa Melayu?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu  yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard.Penyemakan dan penterjemahan01.08.2018
1. Saya ingin mohon khidmat nasihat berkaitan istilah-istilah SOP yang sedang digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar istilah yang digunakan adalah selaras di peringkat jabatan. Contoh penggunaan istilah yang merujuk kepada SOP adalah seperti berikut: i) Prosedur Tetap Operasi Pengurusan Kes Keganasan Rumah Tangga ii) Prosedur Operasi Standard Perintah Khidmat Masyarakat iii) Peraturan Tetap Operasi Penguatkuasaan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan Pusat Jagaan 2. Sehubungan itu, perkara ini dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan pandangan dan penyeragaman penggunaan istilah tersebut. Sekian, terima kasihPadanan standard operating procedure (SOP) dalam bahasa Melayu ialah "tatacara pengendalian piawai", "tatacara pengendalian standard", "prosedur pengendalian standard" dan "prosedur operasi standard". Walau bagaimanapun, istilah "prosedur operasi standard" paling banyak digunakan khususnya dalam dokumen rasmi kerajaan. Istilah22.02.2022

Kembali ke atas