Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sta.tis.tik] | ستاتيستيک

Definisi : 1. catatan angka-angka atau bilangan, butir-butir (keterangan) yg ditunjukkan dgn angka, perangkaan; 2. cabang ilmu pengetahuan yg berkaitan dgn sesuatu yg didasarkan kpd bukti-bukti dlm bentuk angka atau bilangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sta.tis.tik] | ستاتيستيک

Definisi : 1 keterangan ttg sesuatu yg ditunjukkan dgn angka; catatan angka-angka; perangkaan. 2 ilmu pengetahuan ttg sesuatu yg penyelidikannya atau kesimpulannya berdasarkan bukti dlm bentuk angka-angka atau bilangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata statistik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
statistik bahasa yang digunakan dalam malaysia

Saudara dinasihati merujuk pihak universiti tempatan yang ada menjalankan kajian tentang perkara ini atau merujuk makalah yang terdapat di perpustakaan. dalam majalh dan akhbar tempatan.

Lain-lain29.04.2008
Tuan / Puan yang dihormati, Mohon pengesahan terjemahan berikut: 'Statistics for better decision making – statistics for better development life' kepada Statistik untuk pembuatan keputusan yang lebih baik, Statistik untuk kehidupan yang lebih bermakna. Untuk makluman, ia merupakan tema bagi Sambutan Hari Statistik Sedunia 2015. Terima kasih untuk bantuan yang diberikan.

Cadangan kami,

1. "Statistik untuk menentukan keputusan yang terbaik - statistik untuk menjamin kehidupan yang bermakna".

2. Statistik menentukan keputusan terbaik - statistik menjamin kehidupan bermakna".

Penyemakan dan penterjemahan07.04.2015
Apakah istilah rasmi bagi perkataan "outlier" yang digunakan dalam bidang statistik/matematik? Terima kasih

Tidak ada contoh penggunaan istilah outlier dalam bidang matematik/statistik. Walau bagaimanpun kami mencadangkan padanan istilah outlier dalam bidang tersebut ialah "unsur luaran".

Istilah27.05.2011
Salam Tuan, Ini soalan berkaitan istilah statistik. Saya cuba mencari istilah "outliers" tetapi tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Boleh tuan bagi sedikit cadangan padanan BM istilah tersebut?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "outlier" dalam bidang statistik. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "outlier" ialah unsur luaran.Istilah05.11.2013
Kepada yang berkenaan, Mohon semakan dan pengesahan bagi terjemahan "Enriching Statistics in an Inter-connected and Digital World" kepada "Memperkayakan Statistik dalam Dunia Digital yang saling berhubung" adalah sesuai dan tepat.Terjemahan yang tepat ialah "Memperkaya Statistik dalam Dunia Digital yang saling berhubung".Penyemakan dan penterjemahan05.08.2015
1)apakah maksud pendatang tanpa izin mengikut kamus dewan? 2)apakah statistik terkini tentang pendatang tanpa izin? 3)apakah punca pendatand tanpa izin ini hadir ke malaysia dan bagaimanakah cara mereka masuk ke dalam negara kita?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pendatang tanpa izin ialah orang asing yang memasuki sesebuah negara lain dengan tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negara tersebut. Untuk mendapatkan maklumat tentang statistik, punca dan bagaimana cara mereka masuk ke negara kita, saudara perlulah membuat kajian dan penyelidikan di mana-mana perpustakaan/pusat sumber kerana skop perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertanyaan sedemikian. Saudara juga digalakkan membuat kajian di  Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.Makna22.07.2009
assalamualaikum, saya seorang pensyarah statistik ingin bertanya tentang perkataan 'effect size' yang kini selalu digunakan untuk menerangkan dapatan kajian. Apakah perkataan bahasa Melayu untuk 'effect size'?Istilah bahasa Melayu untuk "effect size" ialah kesan saiz.Istilah13.06.2016
Saya ingin mengetahui istilah statistik yang betul dalam bahasa melayu bagi: 1. Structural Equation Modeling 2. Factor Loading Terima kasih1. pemodelan persamaan struktur. 2.
Angka yang mewakili kemuatan relatif get untuk memacu get-get lain atau beban relatif yang dikemukakan oleh suatu get kepada get yang memacunya.
Istilah26.04.2010
Bagaimanakah saya ingin mendapatkan data dan statistik bagi pembacaan novel khususnya Novel Remaja pada masa kini? Ini adalah kerana saya sedang membuat kajian mengenai bacaan Novel Remaja dikalangan masyarakat Malaysia. Moga pihak tuan dapat membantu dalam penyelidikan saya. Terima kasih.Tiada kajian khusus berkaitan pembacaan novel, namun puan boleh menulis surat rasmi kepada Dr. Mohd Hanafi bin Ibrahim, Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, Aras 21, Menra DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau melalui telefon 03-2147 9293/e-mel hanafi@dbp.gov.my.Penyelidikan31.10.2014
Sememangnya diketahui, PCA adalah satu daripada teknik statistik yang telah banyak diaplikasi dalam bidang mampatan data imej. Soalan : Betulkan penggunaan "Sememangnya diketahui" dan "diaplikasi", atau apakah perkataan yang lebih sesuai atau tepat?"Sememangnya diketahui" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut di atas. Manakala "diaplikasi" sepatutnya "diaplikasikan" dan sesuai dalam konteks ini kerana maksudnya ialah "digunakan secara praktik atau amali".Tatabahasa03.07.2007
1234

Kembali ke atas