Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sta.tis.tik] | ستاتيستيک

Definisi : 1. catatan angka-angka atau bilangan, butir-butir (keterangan) yg ditunjukkan dgn angka, perangkaan; 2. cabang ilmu pengetahuan yg berkaitan dgn sesuatu yg didasarkan kpd bukti-bukti dlm bentuk angka atau bilangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sta.tis.tik] | ستاتيستيک

Definisi : 1 keterangan ttg sesuatu yg ditunjukkan dgn angka; catatan angka-angka; perangkaan. 2 ilmu pengetahuan ttg sesuatu yg penyelidikannya atau kesimpulannya berdasarkan bukti dlm bentuk angka-angka atau bilangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata statistik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
natality statisticsstatistik kenatalan/ statistik natalitiPerubatanTiadaTiada
natality statisticsstatistik kenatalan/ statistik natalitiSosiologiTiadaTiada
nonparametric statistical test/ nonparametric statistical techniqueujian statistik tak parametrik /teknik statistik tak parametrikPendidikanTiadaTeknik yang menggunakan sedikit andaian jika perlu, tentang tabii populasi yang terlibat dalam kajian. Teknik yang biasa digunakan untuk menganalisis data kuantitatif seperti ujian analisis U Mann-Whitney sama hala, analisis varians Kruskel-Wallis, ujian sign, Friedman dua hala, analisis varians dan Chi-square.
inferential statisticstatistik inferensiPsikologiPsikologi UmumKaedah statistik kuantitatif yang digunakan untuk menginterpretasi data dan membuat kesimpulan. Berasaskan hukum kebarangkalian, pengkaji menggunakan statistik inferensi untuk menilai sama ada keputusan analisis yang diperoleh merupakan satu fenomena yang terjadi secara nyata atau satu kebetulan sahaja pada aras kesignifikanan yang ditetapkan. Kaedah analisis tertentu seperti ujian t biasanya digunakan untuk menolak atau menerima hipotesis nol.
statistical forecastramalan statistikSainsHidrometeorologiRamalan objektif berdasarkan pemeriksaan statistik tabii lampau atmosfera, dinyatakan dalam bentuk rumusan regresi, kebarangkalian dan lain-lain, atau ramalan cuaca berdasarkan pemeriksaan statistik bersistem tabii lampau atmosfera, berbeza daripada ramalan yang berdasarkan pertimbangan termodinamik dan hidrodinamik.
dispersionpenyerakanMatematikTiadaPerubahan antara data yang menunjukkan kekurangan kecenderungan memusat dalam statistik. Ia disukat melalui statistik, seperti julat, julat antara kuartil, dan sisihan piawai.
statistical homogeneity in spacekehomogenan statistik dalam ruangHidrologiTiadaIni membayangkan bahawa kejadian sesuatu peristiwa hidrologi tertentu di semua tempat dalam suatu kawasan yang dikatakan homogen secara statistik, adalah sama mungkin berlaku dalam lingkungan perbezaan statistik yang dapat diterima.
general circulationperedaran umumMeteorologiMeteorologi PerhubunganPemerian statistik lengkap tentang pergerakan atmosfera. Statistik ini didapati daripada tinjauan lengkap pola aliran harian; keadaan min ruang dan masa (misalnya angin zon baratan dan angin zon timuran, gelombang separa kekal dan sel meridian) yang kadangkala dikenali sebagai peredaran umum; dan juga statistik peringkat leibh tinggi yang mengukur keboleh-ubahan dari segi ruang dan masa aliran akibat perubahan musim dan kesan siklon dan antisiklon. Istilah ini juga disebut peredaran planetan.
general circulationperedaran umumSainsHidrometeorologiPemerian statistik lengkap tentang gerakan atmosfera. Statistik ini didapati daripada tinjauan lengkap pola aliran harian, dan termasuk bukan sahaja keadaan min ruangan dan masa (misalnya angin baratan berzon dan angin timuran berzon, gelombang separuh kekal dan sel meridian) yang kadang kala dikenali sebagai peredaran umum, tetapi juga statistik peringkat lebih tinggi yang mengukur kebolehubahan dari segi ruang dan masa aliran akibat perubahan musim dan kesan siklon dan antisiklon. Istilah ini juga disebut peredaran planetan.
quantum statisticsstatistik kuantumKejuruteraanTiadaStatistik taburan zarah jenis tertentu terhadap tenaga kuantum.
12345678910...

Kembali ke atas