Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stép] | ستيڤ

Definisi : (stép) (Geog) kawasan padang rumput yg luas dan biasanya tidak ditumbuhi pokok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stép] | ستيڤ

Definisi : /stép/ kawasan padang rum­put yg luas, khususnya di Rusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata steppe


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STEPPE

Steppe ialah kawasan yang terutamanya diliputi

oleh rumput pendek. Steppe terdapat di kawasan

kering yang mengalami musim panas yang panas

dan musim sejuk yang sejuk. Kebanyakan steppe

menerima purata hujan dari 25 sentimeter hingga

50 sentimeter setahun – kurang hujan daripada di

praire tetapi lebih banyak hujan daripada gurun.

Kawasan pedalaman di Asia, Eropah, dan Amerika

Utara mempunyai steppe yang luas. Kebanyakan

tumbuhan steppe membesar kurang daripada

30 sentimeter tingginya.

UMUM 
TARPAN

Tarpan ialah kuda liar yang hidup di hutan di

Eropah dan di steppe di Rusia. Tarpan telah pupus

sejak tahun 1800-an. Ahli sains percaya bahawa

mereka telah membiakkan baka kuda yang sama

seperti kuda dari hutan Eropah yang asal. Ahli sains

ini menjalankan kerja mereka di Zoo Hellabrunn di

Munich, Jerman. Mereka telah mencipta proses

pembiakan baka semula yang menghasilkan seekor

kuda kecil pada tahun 1950-an yang kelihatan

seperti tarpan purba.

Lihat juga Kuda (Kuda liar); Kuda Przewalski.

UMUM 
POLECAT

Polecat ialah mamalia kecil yang tergolong

dalam famili weasel. Terdapat tiga spesies polecat

iaitu: (1) Polecat Eropah yang terdapat di seluruh

Eropah (2) polecat steppe yang terdapat di dataran

Asia Tengah (3) polecat marmar yang terdapat di

padang rumput kering di tenggara Eropah hingga

ke barat China. Skunk Amerika Utara sering

dinamakan polecat kerana tabiatnya yang hampir

sama dengan tabiat polecat Eropah.

UMUM 

Kembali ke atas