Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sté.réo.taip] | ستيريوتاءيڤ

Definisi : (stéréotaip) tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dsb yg baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yg sering kali kedapatan (kedengaran dsb): pendekatan dan kaedah pengajaran amat ~, terkongkong, dan konvensional; temanya ~ tetapi perutusannya itu dipentingkan; menstereotaipkan membuat tanggapan stereotaip tentang seseorang atau sesuatu: bahasa yg ~ golongan wanita sbg golongan lemah, sbg suri rumah dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sté.réo.taip] | ستيريوتاءيڤ

Definisi : /stéréotaip/ tidak menunjuk­kan ciri yg baru atau asli; biasa saja spt yg ada: Kaedah pengajaran yg begitu ~ boleh menyebabkan murid tidak berminat lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stereotaip


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum..maksud prejudis dan stereotaip apa?Prejudis bermaksud rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. Stereotaip bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dsb yg baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yg sering kali kedapatan (kedengaran dsb).Makna04.02.2008
Break the Bias Translate ke bahasa : Hapuskan StereotaipPadanan bahasa Melayu untuk break the bias ialah "hapuskan kecenderungan terhadap sesuatu".

Jelaskan konsep atau makna frasa kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep penggunaan dalam sesuatu bidang.
Makna22.12.2021
apakah maksud integrasi,transformasi,persepsi,stereotiep,survivor....saya perlukan sekarang juga tolong..............

Integrasi bermaksud penggabungan atau pergabungan  dua atau beberapa kaum (unsur,, bahagian,dll)menjadi satu kesatuan.

Transformasi bermaksud perubahan bentuk(sifat,rupa, keadaan dll)

Persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, tanggapan.

Stereotaip bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri yang baru atau asli.

Survivor bermaksud yang terselamat.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Inggeris Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.    

Makna28.01.2008

Kembali ke atas