Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sté.sén] | ستيسين

Definisi : (stésén) 1. bangunan perhentian kereta api atau bas: apabila turun di ~ Singapura, aku menaiki teksi pula; 2. tempat (bangunan dsb) yg mempunyai peralatan khas utk memberikan sesuatu perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu: ~ radio; ~ hidroelektrik; ~ jana kuasa; 3. saluran gelombang radio. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sté.sén] | ستيسين

Definisi : /stésén/ 1 tempat khas bagi kenderaan penumpang (spt kereta api, bas, teksi) berhenti; perhentian (kereta api dll): Sesampai di ~ kereta api Kuala Lumpur, aku lihat ibuku sudah ada menunggu. 2 bangunan atau binaan tempat memancarkan siaran radio atau tempat membekalkan tenaga elektrik dll: ~ radio; ~ elektrik. ~ kerja ist komputer yg berkuasa tinggi yg boleh dihubungkan dgn komputer atau peralatan lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stesen


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
wangwing[wAN.wiN]kata kerjamelilau, ke hulu ke hilir, berjalan mundar-mandir tanpa tujuan.Budak-budak lepak tu suka dok wangwing kat stesyen baeh.[bu.dAk.bu.dA/ lE.pA/ tu su.kA do/ wAN.wiN kAt stE.SEn bAEh]Remaja yang melepak itu sering mundar-mandir di stesen bas.

Kembali ke atas