Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sté.sén] | ستيسين

Definisi : (stésén) 1. bangunan perhentian kereta api atau bas: apabila turun di ~ Singapura, aku menaiki teksi pula; 2. tempat (bangunan dsb) yg mempunyai peralatan khas utk memberikan sesuatu perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu: ~ radio; ~ hidroelektrik; ~ jana kuasa; 3. saluran gelombang radio. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sté.sén] | ستيسين

Definisi : /stésén/ 1 tempat khas bagi kenderaan penumpang (spt kereta api, bas, teksi) berhenti; perhentian (kereta api dll): Sesampai di ~ kereta api Kuala Lumpur, aku lihat ibuku sudah ada menunggu. 2 bangunan atau binaan tempat memancarkan siaran radio atau tempat membekalkan tenaga elektrik dll: ~ radio; ~ elektrik. ~ kerja ist komputer yg berkuasa tinggi yg boleh dihubungkan dgn komputer atau peralatan lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stesen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
remote accesscapaian jauhKejuruteraanTiada1. Berkenaan perhubungan dengan kemudahan pemprosesan data oleh stesen-stesen yang jauh dari kemudahan berkenaan.,2. Berkenaan perhubungan dengan pemproses komputer oleh stesen-stesen pangkalan yang jauh daripada pemproses itu.
meteorological transmissionpemancaran meteorologiMeteorologiMeteorologi PerhubunganKomunikasi maklumat meteorologi dengan menggunakan salah satu sistem yang berikut: i. Stesen ke stesen: hubungan radio atau saluran yang dipasang di antara stesen- stesen tertentu; ii. siaran: komunikasi melalui radio dengan tujuan supaya dapat diterima di mana-mana tempat dalam kawasan tertentu.
booster stationstesen penggalakKomunikasiTiadaStesen yang menjadi penyambung dan pengulang isyarat siaran yang diterima. Jarak di antara satu stesen dengan stesen penyambung yang lain ialah 32 km. Isyarat yang telah diterima itu kemudiannya akan dihantarkan dari satu stesen ke stesen penyambung yang lain.
syndicated programrancangan gugusanKomunikasiTiadaRancangan televisyen atau filem yang telah dibeli oleh agen siaran untuk diagihkan kepada stesen-stesen televisyen yang berminat untuk membeli dan menyiarkannya.
feeder cablekabel penyuapKejuruteraanTiadaKabel sama ada di atas atau di dalam tanah, yang merupakan talian terus untuk menghantar kuasa elektrik yang tinggi dari sesebuah stesen jana kuasa ke stesen-stesen kecil.
radio relay systemsistem geganti radioKejuruteraanTiadaSistem penghantaran radio yang isyarat-isyarat diterima dan dihantar semula dari tempat ke tempat oleh stesen-stesen radio perantaraan.
forecasting centrepusat peramalanGeologiTiadaPejabat ramalan utama yang bertanggungjawab menyediakan sama ada carta analisis dan prognosis atau ramalan cuaca untuk disebarkan ke stesen-stesen cawangan di kawasan berkenaan atau kedua-duanya.
forecasting centrepusat ramalanSainsHidrometeorologiPejabat ramalan utama yang bertanggungjawab menyediakan sama ada carta analisis dan prognosis atau ramalan cuaca yang disebarkan ke stesen-stesen cawangan di kawasan berkenaan atau kedua-duanya.
station index numbernombor indeks stesenMeteorologiMeteorologi PerhubunganKumpulan angka lima digit (IIiii) yang digunakan dalam utusan sinoptik untuk menandakan stesen tertentu. Nombor indeks stesen terdiri daripada nombor blok (II) yang menunjukkan lokasi stesen dan nombor stesen (iii). Misalnya, (96647) 96 menunjukkan dan nombor blok kawasan Malaysia, dan 647 nombor stesen Subang.
satellite stationstesen satelit; stesen lampir ukurKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas