Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stim] | ستيم

Definisi : wap yg terjadi apabila air dipanaskan ke takat didih; naik ~ ki, bp a) marah, naik darah; b) naik syahwat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stim] | ستيم

Definisi : wap air yg terjadi apabila air dipanaskan sehinggga menggelegak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAPAL STIM KAYUH

Kapal stim kayuh ialah kapal stim yang

digerakkan oleh roda kayuh. Kapal stim yang

pertama ialah sebuah vesel kecil yang mempunyai

roda kayuh di sisinya dan menggunakan enjin stim.

UMUM 
ENJIN STIM

Enjin stim ialah sebarang enjin yang beroperasi

menggunakan tenaga daripada stim yang

mengembang. Stim mungkin digunakan untuk

menolak omboh yang akan memutarkan roda

lokomotif berkuasa tinggi ataupun digunakan

untuk memutar turbin besar yang akan

menggerakkan penjana elektrik dan kapal laut yang

besar. Enjin stim turut digunakan dalam pam besar,

penghentak cerucuk, dan pelbagai jenis mesin

berkuasa tinggi lain.

UMUM 
STIM

Stim ialah air yang telah bertukar menjadi gas.

Pada tekanan atmosfera normal, ia berlaku pada

100ºC, iaitu takat didih air. Stim adalah tidak

berwarna dan lut sinar. Wap putih yang sering

kelihatan pada muncung cerek, pada geiser, dan

pada gas putih yang keluar daripada serombong

kilang adalah sebenarnya bukan stim, Tetapi ia

terdiri daripada titisan halus cecair air. Ia terbentuk

semasa stim yang tidak dapat dilihat menyejuk. Stim

pada suhu yang lebih tinggi lagi daripada takat didih

dikenali sebagai stim panas lampau.

UMUM 
DANDANG

Dandang ialah bekas logam untuk memanaskan

cecair hingga berubah menjadi wap. Kebanyakan

dandang memanaskan air menjadi stim wap. Stim

digunakan untuk memanaskan suhu bangunan.

UMUM 
SAVANNAH

Savannah ialah kapal stim pertama yang

merentasi Lautan Atlantik. Savannah belayar dari

Savannah, Georgia, Amerika Syarikat pada 22 Mei

1819, dan berlabuh di Liverpool, England pada 20

Jun 1819. Ia belayar dengan menggunakan kuasa

stim selama antara 80 jam dan 105 jam. Layar

digunakan pada waktu yang selebihnya.

Lihat juga Kapal (Kapal stim di lautan).

UMUM 
STANLEY BERSAUDARA

Stanley bersaudara ialah pereka dan

pengilang rakyat Amerika yang mencipta enjin stim

Stanley, salah satu kereta berkuasa stim paling

terkenal. Mereka berdua ialah saudara kembar.

UMUM 
NEWCOMEN, THOMAS

Newcomen, Thomas (1663–1729) ialah pereka

Inggeris, yang mencipta enjin stim yang pertama

secara komersial dengan jayanya pada tahun 1712.

Enjin stimnya digunakan dengan meluas di Eropah

dan di seluruh wilayah perlombongan batu arang

Great Britain untuk mengeluarkan air dari

lombong. Enjin stim ini terus popular selama lebih

daripada 60 tahun sehingga jurutera Scotland,

James Watt menghasilkan enjin stim yang telah

banyak diperbaik.

UMUM 
PARSONS, SIR CHARLES

Parsons, Sir Charles (1854–1931), jurutera

British yang mereka enjin turbin stim dan

membina kapal stim berkuasa turbin yang pertama

iaitu Turbinia, pada tahun 1897.

UMUM 
SEKAT WAP

Sekat wap atau sekat stim berlaku dalam enjin

petrol apabila sebahagian daripada petrol

mendidih dalam sistem bekalan bahan api. Enjin

yang panas berlebihan boleh menyebabkan

pendidihan, atau pengewapan , bahan api. Ini

mengurangkan amaun minyak yang dipam ke

enjin, kerana wap (stim) mengambil lebih banyak

ruang daripada cecair. Enjin tidak berjalan dengan

betul, atau terhenti sehingga petrol yang

diwapkan menyejuk dan bertukar menjadi cecair.

Sekat wap paling kerap berlaku semasa

pendakian yang lama, curam pada hari panas, atau

apabila memperlahankan kereta dengan tiba-tiba

selepas dipandu dengan teruk.

UMUM 
NASMYTH, JAMES

Nasmyth, James (1808–1890) ialah jurutera

Scotland yang mencipta tukul stim. Dia juga

mencipta prinsip bertindak sendiri pada reka

bentuk – perkakas mesin, iaitu tangan mekanikal

yang bergerak di sepanjang gelangsar memegang

perkakas. Dengan prinsip ini, Nasmyth mereka

mesin pengetam dan mesin pembentuk alat.

Nasmyth lahir di Edinburgh, anak

kepada seorang pelukis yang terkenal. Pada tahun

1829, dia menjadi pembantu kepada Henry

Maudslay, pereka bentuk dan pembuat perkakas.

Pada tahun 1834, Nasmyth memulakan Bridgewater

Foundry di Manchester, yang menjadi terkenal

dengan pembinaan perkakas mesin dan enjin stim.

Nasmyth mencipta tukul stim pada tahun 1839. Dia

bersara pada tahun 1856 dan menghabiskan

masanya dengan belajar astronomi.

UMUM 
123

Kembali ke atas