Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stim] | ستيم

Definisi : wap yg terjadi apabila air dipanaskan ke takat didih; naik ~ ki, bp a) marah, naik darah; b) naik syahwat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stim] | ستيم

Definisi : wap air yg terjadi apabila air dipanaskan sehinggga menggelegak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stim


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
steamstimKimiaTiadaWap air yang terbentuk pada 100°C. Stim digunakan untuk menghasilkan hidrogen dalam proses stim-gas hidrokarbon, dalam proses stim-gas air, dalam proses stim-ferum dan dalam proses stim-metanol. Stim juga digunakan dalam pemecahan berstim minyak gas dan nafta, dalam pemprosesan makanan, dan dalam pemvulkanan getah.
spray linepaip semburPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPaip yang mempunyai lubang halus yang tersusun pada jarak tertentu dan disambungkan terus dari punca stim. Stim tersebut boleh disemburkan ke ruang dalam tanur pengering untuk mengawal aras kelembapan bandingan udara.
steam distillationpenyulingan stimHerbaTiadaKaedah mengasingkan minyak pati daripada bahan herba dengan menggunakan wap stim. Wap stim dialirkan melalui bahan herba dan minyak pati menyejat dan terkondensasi semula untuk menghasilkan minyak pati yang terpisah. Kaedah ini digunakan dalam pengekstrakan minyak pati pada skala industri. Contohnya, pengekstrakan minyak cengkih dan minyak tea tree.
regenerative cyclekitar jana semulaKejuruteraanTiadaKitar stim apabila stim ditarik daripada turbin di satu atau lebih peringkat, dan digunakan untuk memanaskan air suapan. Sinonim: litar penjujuhan.
quadruple-expansion engineenjin pengembangan ganda empatKejuruteraanTiadaEnjin stim yang stim dikembangkan secara berturut-turut dalam empat buah silinder yang saiznya semakin besar, dan semuanya bekerja pada aci engkol yang sama. [KM]
live steamstim langsungKejuruteraanTiadaStim yang masuk ke silinder, sebagai lawan kepada stim yang keluar.
live steamstim segarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanStim yang diperoleh terus dari dandang dan masih segar. Stim ini digunakan dalam proses penstiman kayu di dalam tanur pengering.
quadruple expansionpengembangan ganda empatKejuruteraanTiadaProses pengembangan stim dalam enjin stim yang melalui empat silinder bersiri.
steam rigrig stimKejuruteraanPetroleumJenis rig penggerudian berputar yang menggunakan enjin stim sebagai daya penggerak utamanya. Stim bertekanan tinggi yang diperlukan oleh enjin berkenaan diperoleh dari loji pendandang yang diletakkan berdekatan dengan rig berkenaan.
steam distillationpenyulingan stimKimiaTiadaPenyulingan secara melalukan stim menerusi campuran pepejal atau cecair mudah meruap untuk mengasingkan bahan tersebut daripada bahan yang tidak meruap. Penyulingan stim lazimnya digunakan di dalam industri minyak wangi untuk mengasingkan minyak pati daripada bunga-bungaan, daun-daunan dan kulit kayu, dan di dalam makmal untuk penulenan dan untuk menganggarkan jisim molekul cecair atau pepejal.
12345678910...

Kembali ke atas