Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stok] | ستوک

Definisi : 1. barang dagangan (tersimpan di kedai-kedai) utk dijual; 2. himpunan barang yg tersimpan di stor dll; 3. saham; ~ penimbal simpanan sesuatu komoditi oleh pihak berkuasa dsb utk mengatasi masalah turun naik penawaran dan harga yg tidak menentu; 4. (Bio) bahagian batang sesuatu tumbuhan yg menerima tunas drpd tumbuhan lain dlm pencantuman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stok] | ستوک

Definisi : barang dagangan atau produk tertentu yg terdapat di kedai (stor dsb) dan sedia utk dijual atau utk diagih-agihkan. ~ akhir stok yg tinggal pd akhir sesuatu jangka masa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stok


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STOK

Stok ialah nama yang diberi kepada tiga bunga

taman yang berlainan. Stok berbau-malam

mengeluarkan bunga berwarna lilac berbau

harum yang kembang pada waktu petang. Tumbuhan

tahunan yang kecil dan bercabang ini berasal dari

selatan Eropah. Lenggainya mempunyai dua tanduk

yang ketara di hujungnya. Bunga stok Stok Virginia

adalah satu lagi tumbuhan tahunan yang mengeluarkan

bunga kecil yang berwarna putih, merah, atau lilac.

Tangkainya pendek dan lenggainya tidak bertanduk.

Stok Brompton atau stok biasa, tumbuh kira-kira 60 sentimeter

tingginya. Ia mengeluarkan bunga yang harum

berwarna putih, samar, merah, ungu, atau kuning.

Stok berasal dari selatan Eropah. Ia memerlukan

tempat yang mendapat cahaya matahari,

terlindung, dan tanah yang subur, agak beralkali.

UMUM 
STOK DAN SAHAM

Stok dan saham merupakan hak pemilikan di

dalam syarikat liabiliti terhad. Setiap syarikat

mempunyai satu stok yang dibahagi kepada

beberapa saham. Saham mungkin dipegang oleh

orang perseorangan atau syarikat lain. Pemegang

saham melaburkan wang dalam sebuah syarikat

dan mendapat sebahagian hak pemilikan syarikat

dan berkongsi keuntungannya sebagai pulangan.

Istilah stok juga digunakan untuk merujuk kepada

perjanjian jangka panjang dalam membuat

pinjaman kepada kerajaan atau sesuatu syarikat

besar, yang tidak melibatkan hak milik.

UMUM 
TELEPRINTER SAHAM

Teleprinter saham ialah petunjuk elektronik

yang menunjukkan pembelian dan penjualan stok

dan saham. Ia selalunya terpapar di skrin video.

Petunjuk ini mencatatkan setiap urus niaga termasuk

nama syarikat yang menerbitkan saham, bilangan

saham yang terlibat, dan saham yang dibeli atau

dijual.

UMUM 
SYARIKAT PEMEGANGAN

Syarikat pemegangan ialah mana-mana

syarikat yang memegang majoriti ataupun minoriti

yang besar terhadap stok atau kuasa mengundi di

dalam sesebuah syarikat lain, cukup untuk

mengawal dasar-dasarnya. Syarikat pemegangan

boleh mengawal pelantikan pegawai-pegawai dan

boleh menetapkan dasar-dasar perniagaan.

Syarikat yang di bawah kawalan syarikat

pemegangan disebut syarikat subsidiari.

UMUM 
SYARIKAT SAHAM BERSAMA

Syarikat saham bersama ialah satu bentuk

organisasi perniagaan yang memperoleh dana

melalui penjualan stok saham (modal syarikat)

kepada sekumpulan individu bagi menjalankan

perniagaan. Syarikat ini banyak ditubuhkan pada

tahun 1600-an dan tahun 1700-an ialah pelopor

syarikat dan perbadanan moden yang terdapat pada

hari ini (lihat Perbadanan; Syarikat).

UMUM 
PUDINA

Pudina ialah nama bagi satu famili tumbuhan.

Tumbuhan pudina mempunyai batang segi empat

sama. Sesetengah tumbuhan mempunyai batang

yang dinamakan stok akar yang tumbuh di sepanjang

permukaan tanah. Daunnya yang berbau wangi

tumbuh dua-dua, setiap satunya disebelah batang.

Kebanyakan tumbuhan pudina mempunyai bunga

berbibir dua yang kecil, berwarna putih, kebiruan

atau kesamaran. Bunganya kadangkala tumbuh

pada spika di hujung batang.

UMUM 
SWEET FLAG

Sweet flag ialah tumbuhan tinggi bak mensiang,

dalam famili arum. Ia tumbuh di sepanjang anak air

dan di rawang di hampir semua bahagian di

Hemisfera Utara. Daunnya leper dan panjangnya 60

sentimeter hingga 180 sentimeter. Ia berbentuk

seperti pedang dua mata. Batang sweet flag hampir

seperti daunnya, tetapi lebih keras dan

mengeluarkan spika bunga yang kecil, hijau

berhampiran dengan puncaknya. Daun dan

batangnya tumbuh secara langsung dari stok akar

bawah tanah. Stok akarnya digunakan sebagai tonik,

dan untuk membuat minyak wangi dan sediaan bilik

mandi. Di Eropah, stok akarnya dijadikan makanan.

Pengelasan saintifik. Sweet flag tergolong dalam

famili arum, Araceae. Ia adalah Acorus calamus.

UMUM 
NEKTARIN

Nektarin ialah sejenis pic yang berkulit licin.

Nektarin biasanya berwarna kuning kemerahan

yang lebih pekat daripada pic, dan rasanya lebih

manis sedikit. Pic dan nektarin kedua-duanya

tergolong dalam spesies yang sama dan berasal

dari China kira-kira 2500 tahun yang lalu. Seperti

pic, nektarin, terutamanya ditanam di tempat yang

beriklim Mediterranean. Ia juga boleh ditanam

jauh ke utara di kawasan yang teduh. Di tanah yang

kurang subur, tanaman ini mungkin dicantumkan

dengan stok akar yang lebih tahan lasak seperti

kacukan pic/badam baka kacukan.

Pengelasan saintifik. Nektarin tergolong dalam

spesies pic Prunus persica . Ia adalah P. persica var .

nectarina .

Lihat juga Pic.

UMUM 

Kembali ke atas