Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stor] | ستور

Definisi : IB memasukkan (menyerahkan, membayarkan) wang dll; menstor, menstorkan memasukkan (menyerahkan, membayarkan) wang dll kpd; storan sesuatu yg distorkan (dibayarkan); penstoran perihal menstor(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stor] | ستور

Definisi : (rumah, ruang, bilik, dsb) tempat menyimpan barang: karbida dan mercun yg disimpan dlm ~; storan 1. simpanan barang dsb (dlm sesuatu tempat utk digunakan apabila diperlukan); 2. (Komp) peranti ingatan yg digunakan utk menyimpan data komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stor] | ستور

Definisi : bangunan, bilik dll tempat me­nyimpan barang-barang. menstorkan menyimpan (barang dll) ke dlm stor. storan 1 barang-barang yg di­simpan dlm stor. 2 ist peranti yg membolehkan data komputer disimpan dan dicapai semula. ~ data ist tempat simpanan data dlm sesuatu sistem komputer. ~ massa ist tempat simpanan data komputer dlm jumlah yg besar yg sedia dicapai oleh unit pemprosesan pusat. ~ sekunder ist peranti tambahan bagi storan utama komputer. penstoran perihal atau perbuatan menyimpan (di dlm stor). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stor


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STOR KAPAL

Stor kapal. Pada masa kapal kayu digunakan,

istilah stor kapal merujuk kepada tar dan gala-gala.

Dua bahan ini penting untuk membina kapal. Kini,

istilah stor kapal termasuklah damar, turpentin,

gala-gala, dan hasil tar daripada pokok pain dan

beberapa pokok damar.

UMUM 
STOR BIJIAN

Stor bijian ialah bangunan yang dilengkapi

untuk menyimpan, memuat dan memunggah bijian

sebelum bijian dijual atau digunakan. Stor bijian

terletak di ladang, di kilang pengisar, di stesen

kereta api, dan limbungan, dan menyimpan bijian

seperti barli atau gandum.

UMUM 
MAGAZIN

Magazin ialah istilah ketenteraan dan angkatan

laut bagi bangunan yang dilindungi ataupun bilik

simpanan senjata. Istilah ini, berasal daripada

perkataan Arab yang bererti rumah stor. Lelopak

peluru untuk senapang yang boleh menembak

secara berulang-ulang, atau mesingan juga

dinamakan magazin.

UMUM 
BOMBA

Bomba merupakan salah satu organisasi penting

dalam masyarakat. Bomba, atau Jabatan Bomba

bertugas memadamkan api yang membakar

rumah, kilang, pejabat, bangunan, stor, dan

tempat lain. Ahli bomba menyabung nyawa untuk

menyelamatkan orang dan melindungi harta benda

daripada api. Pekerjaan mereka adalah salah satu

pekerjaan yang paling berbahaya.

UMUM 
SEKOLAH MENENGAH KING GEORGE V

SEKOLAH MENENGAH KING GEORGE V, sekolah Menengah    yang terulung di Negeri Sembilan. Sekolah ini pada asalnya adalah Government English School yang ditubuhkan pada 15 Januari 1923.  Sekolah ini terletak di sebuah bangunan stor stesen kereta api Sungai Ujong Seremban.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas