Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sto.ran] | ستورن

Definisi : 1. simpanan barang dsb (dlm sesuatu tempat utk digunakan apabila diperlukan); 2. (Komp) peranti ingatan yg digunakan utk menyimpan data komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sto.ran] | ستورن

Definisi : sesuatu yg distorkan (dibayarkan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sto.ran] | ستورن

Definisi : 1 barang-barang yg di­simpan dlm stor. 2 ist peranti yg membolehkan data komputer disimpan dan dicapai semula. ~ data ist tempat simpanan data dlm sesuatu sistem komputer. ~ massa ist tempat simpanan data komputer dlm jumlah yg besar yg sedia dicapai oleh unit pemprosesan pusat. ~ sekunder ist peranti tambahan bagi storan utama komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata storan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin tahu terjemahan yang tepat untuk "Buy more storage". Bidang: Teknologi Maklumat, Konteks: Storan dalam talian percuma yang disediakan tidak mencukupi untuk menyimpan fail bersaiz besar. Oleh itu, pengguna disarankan supaya 'buy more storage'. Antara terjemahan yang lazim: 'Beli lagi storan', 'Beli lebih banyak storan', 'Beli lebih storan'. Mana satukah sebenarnya terjemahan yang tepat? Mohon pencerahan pihak tuan. Terima kasih.Pada pandangan kami, terjemahan yang sesuai ialah Beli lebih banyak storan atau Sila beli storan.Penyemakan dan penterjemahan04.09.2014
Salam. Apakah istilah sasar bagi "Cloud Storage" dan "Cloud Computing"?Cadangan perkataan yang sesuai bagi perkataan cloud storage dan cloud computing ialah storan awan dan pengkomputeran awan.Istilah07.10.2020
Hi, "data cache" itu "cache data" ke? Oleh sebab "cache" ditakrifikan sebagai "a temporary storage area where frequently accessed data can be stored for rapid access", bolehkah data cache diterjemahkan sebagai "storan data para"?Jawapan yang betul ialah kekalkan penggunaan 'cache data'. Perkataan tersebut didaftarkan sebagai istilah untuk bidang komputer. Harap maklum.Penyemakan dan penterjemahan07.08.2007
Mohon persamaan kata dalam bahasa Malaysia untuk perkataan berikut: - Storage Area Network - Product Manager - Liason Officer - Focal Point Terima kasihPadanan yang tepat bagi Storage Area Network ialah Rangkaian Kawasan Storan, Product Manager ialah Pengurus Produk, Liaison Officer ialah Pegawai Perhubungan dan Focal Point ialah Pusat Tumpuan.Makna19.04.2007
Jika istilah flagship merujuk kepada andalan bagi telefon pintar. Bagaimana pula kategori "mid-range" Mid-range phones tend to offer the best balance of price and performance, packing high-end features you won't find in the cheapest phones on the market while still sometimes costing half the price of top flagships, or even lessCadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "mid-range phone" ialah telefon jenis sederhana dari aspek harga, kualiti, prestasi, storan dan lain-lain.  Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah08.07.2022

Kembali ke atas