Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stra.ta] | ستراتا

Definisi : 1. lapisan (bumi dsb); 2. tingkat kedudukan, peringkat taraf (dlm susunan atau hierarki tertentu): novel-novel yg menyentuh soal keruntuhan akhlak, perbezaan ~, perbezaan kaum, penyelewengan persahabatan, dsb; berstrata terbahagi kpd beberapa kelas, golongan, tingkat dsb, bersusun lapis: sebuah masyarakat yg ~; penstrataan proses pembentukan tanah atau batuan yg bersusun lapis: beberapa muara tertentu akan mengalami percampuran sekata manakala pd masa-masa lain pula akan mengalami ~ atau menjadi berlapis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata strata


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Akta Hakmilik Strata 1985 (Pindaan 2012) Hakmilik atau Hak Milik? Mohon nasihat tuan/puan dan sebab.Dalam bentuk ungkapan umum hak milik dieja dalam dua perkataan. Walau bagaimanapun Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) telah diwartakan dan dianggap sebagai kata nama khas. Maka ejaannya diterima walaupun tidak sama dengan ejaan hak milik dalam konteks umum.Ejaan19.07.2012
"DENGAN INI PIHAK KAMI JUGA MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN MENGIKUT SURAT AKUJANJI PIHAK KAMI BERTARIKH OKTOBER 19,1995 DIKELUARKAN KEPADA BANK PEMBIAYAAN. PIHAK KAMI DI MINTA MENYERAHKAN HAKMILIK STRATA ASAL BAGI HARTANAH TERSEBUT KEPADA PEGUAM MEWAKILI BAGI PIHAK BANK PEMBIAYAAN IAITU HONG LEONG ISLAMIC BANK BHD UNTUK MEMBUAT GADAIAN." BOLEH SEMAK AYAT SAYA?Berikut petikan yang telah disemak dengan beberapa pindaan.

DENGAN INI PIHAK KAMI MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN MENGIKUT SURAT AKU JANJI PIHAK KAMI YANG BERTARIKH 19 OKTOBER 1995 DAN DIKELUARKAN KEPADA BANK PEMBIAYA. PIHAK KAMI DIMINTA MENYERAHKAN HAK MILIK STRATA ASAL BAGI HARTANAH TERSEBUT KEPADA PEGUAM YANG MEWAKILI PIHAK BANK PEMBIAYA IAITU HONG LEONG ISLAMIC BANK BHD UNTUK MEMBUAT GADAIAN.
Tatabahasa14.06.2013
Tuan/Puan, Mohon penjelasan, adakah pengunaan perkataan KE ATAS bagi ayat seperti di bawah adalah betul? Permohonan Sijil Cadangan Pelan Strata Untuk Pecah Bahagi Bangunan Ke Atas Hakmilik PM8659, Lot 101830, Mukim Petaling. Sekian, terima kasih.Merujuk kepada ayat yang dikemukana, penggunaan yang berul ialah ATAS Tatabahasa08.05.2019

Kembali ke atas