Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[strép.to.mi.sin] | ستريڤتوميسين

Definisi : (stréptomisin) (Ubat) sj ubat antibiotik yg diperoleh drpd bakteria Streptomyces griseus, digunakan utk merawat beberapa penyakit tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata streptomisin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STREPTOMISIN

Streptomisin ialah antibiotik yang melawan

bakteria tertentu yang menyebabkan penyakit. Ia

dihasilkan oleh Streptomisis griseus, iaitu sejenis

mikrob yang hidup di dalam tanah. Streptomisin

adalah salah satu antibiotik pertama yang ditemui.

Ahli mikrobiologi Amerika, Selman A.Waksman

menemui streptomisin pada tahun 1943.

Penemuannya dihasilkan daripada ujian terhadap

lebih kurang 10 000 mikrob tanah untuk mengesan

aktiviti antibiotik. Streptomisin ialah salah satu

daripada aminoglikosida, iaitu sekumpulan

antibiotik yang sama dari segi kimia yang turut

merangkumi gentamisin dan neomisin.

UMUM 

Kembali ke atas