Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.ka] | سواک

Definisi : sl tempat berlindung atau menumpang (hidup); ~ politik (Udg) perlindungan drpd tekanan politik atau kezaliman yg diberikan oleh sesebuah negara kpd rakyat asing yg lari dr negaranya; bersuaka berlindung (menumpang) hidup pd: jika demikian, baik aku ~ pd Bendahara Seri Buana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua.ka] | سواک

Definisi : tempat berlindung atau tempat menumpang hidup. ~ politik hak utk tinggal atau berlindung di sesebuah negara asing, yg diberikan kpd se­seorang yg terpaksa melarikan diri dr negaranya sendiri kerana sebab-sebab politik. bersuaka memohon menumpang hidup atau berlindung pd: Sbg orang ~ dan sudah mendapat perlindungan drpd Raja itu, beliau akan memihak kpd Raja tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suaka


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUAKA

Suaka, dalam undang-undang antarabangsa,

ialah naungan dan perlindungan yang diberikan

oleh sesebuah negara kepada orang yang lari dari

sebuah negara lain. Pemberian suaka mengikut

undang-undang kebangsaan serta undang-undang

dan perjanjian antarabangsa. Menurut Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu, para pelarian boleh

meminta suaka jika mereka takut penganiayaan

yang berdasarkan kaum, agama, kewarganegaraan,

atau fahaman sosial atau politik. Tetapi, tiada siapa

pun mempunyai hak untuk mendapatkan suaka.

Penindasan politik merupakan sebab utama

sesebuah negara memberikan suaka.

UMUM 
PERISTIWA PETROV

Peristiwa Petrov ialah peristiwa yang

dinamakan sempena nama Vladimir Petrov (? –

1991), yang mencetuskan satu kontroversi getir di

Australia . Ia bermula pada tahun 1954, apabila

Perdana Menteri Robert Menzies mengumumkan

bahawa Petrov, seorang pegawai di Kedutaan

Soviet di Canberra, Victoria telah memohon untuk

mendapatkan suaka politik di Australia. Menzies

menyatakan Petrov telah mendedahkan wujudnya

suatu kumpulan pengintip Soviet di Australia.

UMUM 
MAKASAR

MAKASAR, pelabuhan terkenal pada abad ke-16. Makasar terletak di hujung barat daya Pulau Sulawesi Indonesia. Pada tahun 1525, pelabuhan Makasar dikunjungi oleh Portugis yang berminat dalam perdagangan rempah di Indonesia Timur. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, ramai pedagang Melayu khususnya dari Pahang dan Johor, telah belayar untuk berdagang dan mencari suaka di Makasar. Kehadiran para pedagang Melayu ini memungkinkan orang Makasar menguasai perdagangan di beberapa pelabuhan seperti Bantaeng, Bira dan Selayar yang menjadi saingan Makasar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas