Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[suam] | سوام

Definisi : tidak terlalu panas, hangat: tuang sedikit air ~ supaya semua garam itu larut; ~-~ kuku tidak berapa panas (air); badannya ~-~ badannya agak panas (kerana demam), dedar; kesuaman rasa hangat: kasih sayang, dakapan mesra sambil merasai ~ tubuh ibu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[suam] | سوام

Definisi : agak tinggi suhunya; agak panas: ~-~ kuku tidak berapa hangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suam
Rujuk :panas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah jawapan yang sesuai, Dia memandikan adiknya dengan air ( ) kerana cuaca terlalu sejuk. a. panas b. hangat c suam d. sejuk jawapan yang dicadangkan adalah suam. bukankah air suam sesuai sebagai minuman.Jawapan "air suam" betul kerana air suam bermaksud air yang tidak berapa panas dan digunakan sebagai minuman atau bukan minuman.Tatabahasa12.11.2012
Salam Sejahtera. Saya ingin meminta pandangan daripadsnpihak tuan mengenai soalan peperiksan murid tahun 3. Ibu memandikan adik dengan _________ pada waktu pagi. A. Air Sejuk B. Air Panas C. Air Suam Soalan saya, adakah soalan ini relevan? Adik di sini menunjukan umur berapa tahun? Waktu pagi tidak dinyatakan. Jika ibu itu memandikan anaknya pukul 11 pagi, adakah air suam diperlukan? Jawapan guru ialah air suam. Jika murid memberi jawapan air sejuk, adakah diterima?

 Jawapan "air suam" betul kerana air suam bermaksud air yang tidak berapa panas. Pada pendapat DBP soalan ini relavan untuk  menilai perbendaharaan kata pelajar.

Makna03.11.2014
Thiqa El Nur Nov 2nd, 1:23am Salam sejahtera.. Saya ingin minta pandangan drpd DBP mengenai soalan peperiksaan sekolah rendah tahun 3. Seperti dibawah ini: Ibu mandikan adik dengan ________ pada waktu pagi. A. Air Sejuk B. Air Panas C. Air Suam Soalan saya, adakah soalan ini relevan? Adik menunjukkan umur berapa tahun? Waktu pagi itu pukul berapa? Diharap respon soalan saya secepat mungkin . Terima kasih.Jawapan "air suam" betul kerana air suam bermaksud air yang tidak berapa panas/hangat. Pada pendapat DBP soalan ini relavan untuk menilai perbendaharaan kata pelajar.Makna02.11.2014
Aslm pihak khidmat nasihat DBP, Apakah perbezaan antara men...i dan men..kan, atau di...i dan di...kan? (bukan dalam konteks objek bernyawa atau tidak) Contoh: 1) Kakak mengambilkan segelas air suam untuk datuk. (Menurut buku saya, ayat ini salah, tetapi bukankah kalau apitan meN..kan, ia perlu diikuti objek?) 2)Pemuda itu membelikan tunangnya seutas rantai emas atau Pemuda itu membelikan seutas rantai emas untuk tunangnya? Adakah apitan meN..i dan meN..kan membawa 'maksud berbeza', apabila digunakan dalam ayat-ayat tertentu? Contohnya: melakukan perbuatan untuk seseorang :membawakan, menyebabkan objek berlaku :menghilangkan Mohon penjelasan. Selain itu, bilakah dimasukkan apitan -kan atau -i dan bilakah ia digugurkan? Contoh : 1) Dia mengisi borang atau Dia mengisikan borang 2) Kakak mengambilkan datuk segelas air suam atau Kakak mengambil segelas air suam untuk datuk. Mohon penjelasan untuk setiap soalan yang dikemukakan.Fungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Tidak berlaku pengguguran apitan meN-...-kan atau meN-...-i, dalam konteks ayat tersebut perkataan yang sesuai ialah mengambil.Tatabahasa23.09.2015
Apakah maksud air bujang dan air jarang?air bujang - minuman spt teh, kopi yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb.
air jarang - air suam. Dipanggil air jarang oleh beberapa kawasan di Malaysia. Air jarang tidak diterima sebagai bahasa rasmi dan merupakan dialek sesuatu tempat. Terdapat beberapa tempat di Malaysia menggelarkan air jarang sebagai air putih, air mati, air suam dsb.
Tatabahasa25.08.2012
Apa bezanya dari segi penggunaan perkataan hangat dan panas? Contoh ayat: Sudah berjam-jam dia berdiang namun badannya masih tidak menjadi hangat/panas? Terima KasihUntuk ayat ini perkataan yang sesuai ialah hangat.  Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat.

panas 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik.

hangat 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedu­dukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau me­nyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat me­n­­- ­­jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), me­meriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, meng­gen­tingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ per­debatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), keme­riahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ per­debatan itu meresahkan orang ramai.
Makna21.06.2014

Kembali ke atas