Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.mi] | سوامي

Definisi : orang (lelaki) yg dikahwini seseorang perempuan, laki, lwn isteri: banyak lagi orang muda di kampung ini yg padan menjadi ~nya; ~ isteri laki bini; bersuami mempunyai suami, sudah ber­kahwin (perempuan): jikalau begitu sudah patutlah engkau ~; bersuamikan mempunyai seseorang sbg suami, berkahwin dgn (perempuan): anak jarahan itu tidak patut ~ tuan; dia yg ~ ahli perniagaan juga terpaksa berdepan dgn masalah keluarga; mempersuami menjadikan suami; mempersuamikan mengahwinkan (anak perempuan): sekarang ayahanda hendak ~ anakanda dgn orang ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua.mi] | سوامي

Definisi : lelaki yg menjadi teman hidup kpd seseorang wanita secara sah. bersuami sudah ada suaminya; sudah berkahwin (bkn perempuan): Engkau sudah besar panjang, memang patut engkau ~. bersuamikan berkahwin dgn (bkn wanita); menjadi isteri kpd: Anaknya yg sulung ~ seorang arkitek. mempersuami menjadikan sbg suami: Gadis itu tidak mahu ~ lelaki yg seusia dgnnya. mempersuamikan menjadikan bersuami; mengahwinkan (anak perempuan): Tidak lama lagi, beliau hendak ~ anak gadisnya yg bongsu pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suami (kata nama)
Bersinonim dengan laki, zaujun, teman hidup;,
Kata Terbitan : bersuami, bersuamikan, mempersuamikan,

Puisi
 

Penggal betik penggallah puan,
     Penggal keduduk dalam kerami;
Tinggal encik tinggallah puan,
     Tinggal duduk dengan suami.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Terlindung oleh sanggul.

Bermaksud :

Suami yang selalu menurut kata isterinya.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Suami isteri ditelan Ikan Gajah Mina (Siri Cerita Rakyat: Sumpahan Pari Ayam)Mad Sakiran Bin Hj. SulaimanUtusan Borneo18.08.2008
Suami Poland, isteri Mexico bertutur bahasa Melayu-Harian Metro21.02.2008
Suami hilang entah di manaTiadaUtusan Zaman06.10.1989
Suami isteri raih hadiah sasteraWan Dayang Wan MamatUtusan Malaysia25.09.1993
SuamiNor Aziela ManHarakah26.04.1996
Suami (1)Noor ZainalMingguan Wanita16.08.1996
SuamiD. K. Safiah AbasBorneo Mail28.12.1997
Suami bermain kayu tigaHarun Haji SallehUtusan Melayu22.08.1997
Suami, isteri menang tempat pertama, keduaTiadaUtusan Melayu02.07.1984
Suami saya menulis ketika orang lain sedang tidur - Hajah RobiahTiadaMingguan Wanita26.05.1989
12345678910...

Kembali ke atas