Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.pan] | سواڤن

Definisi : 1. apa-apa yg disuapkan: tiap-tiap ~ itu harus dipaksa-paksa utk ditelan; 2. wang rasuah, sogokan; 3. (Kej) bahan yg dima­sukkan ke dlm sesuatu peralatan unit operasi utk diproses bagi mendapatkan hasil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua.pan] | سواڤن

Definisi : 1 apa-apa yg disuapkan. 2 wang suap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suapan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah padanan ayat di bawah ditukar seperti yang berikut: Penerima atau pemberi suapan melakukan suatu kesalahan walaupun maksud itu tidak dilaksanakan atau perkara itu tidak berkaitan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipal Ayat yang asal adalah seperti yang berikut: Acceptor or giver of gratification to be guilty notwithstanding that purpose was not carried out or matter not in relation to principal’s affairs or business Penerima atau pemberi suapan melakukan suatu kesalahan tanpa mengambil kira maksud tidak dilaksanakan atau perkara tidak berkaitan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipal

Berikut adalah petikan daripada AKTA 694:AKTA SURUHANJAYA PENCENGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

 

Penerima atau pemberi suapan melakukan suatu kesalahan tanpa mengambil kira maksud tidak dilaksanakan atau perkara tidak berkaitan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipal (Sumber Akta 694: AKTA SURUHANJAYA PENCENGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009)

dan tafsiran itu perlu dikekalkan seperti yang terdapat dalam akta.

 Kami mencadangkan perkataan “notwithstanding” dikekalkan terjemahannya sebagai “tanpa mengambil kira”, seperti yang terdapat dalam Akta 694: AKTA SURUHANJAYA PENCENGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Lain-lain24.08.2021
Salam, mohon cadangan terjemahan bite-sized. Definisi Bahasa Inggerisnya - Small enough to be taken into the mouth comfortably in one bite. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah satu suapan atau sebesar satu suapan.Istilah17.06.2016
Penggunaan 'dari', 'daripada', 'ke' dan 'kepada'. Apakah ayat yang betul bagi ayat ini? ''Setelah enjin dihidupkan, pam suapan akan menyedut bahan api dari tangki ke karburetor sepenuhnya".
  1. Perkataan dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.
  2. Kata sendi nama  "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat ini, peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan, keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi.
  3. Cadangan ayat ''Setelah enjin dihidupkan, pam suapan akan menyedut bahan api dari tangki ke karburetor sepenuhnya" adalah betul penggunaan tatabahasa.
Tatabahasa09.01.2020
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "machine infeed"? Adakah "infeed mesin" boleh digunakan? Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Untuk makluman, infeed machine tidak boleh digunakan sebagai terjemahan bagi perkataan machine infeed. Pihak kami tidak dapat memberikan terjemahan yang tepat kerana konteks penggunaan ayat tidak diberikan. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan penggunaan perkataan yang lebih hampir maksudnya, iaitu mesin suapan kerana feed membawa maksud suapan. Hal ini disebabkan dalam istilah kami terdapat frasa feed system yang diterjemahkan sebagai sistem suapan dan pressure feed oil system dengan terjemahan system suapan tekanan.Penyemakan dan penterjemahan31.10.2017
paper feed double key list mode binding margin characters netmask serial communication command centre host name on offsuapan kertas kekunci berganda mod senarai birai jilid aksara topeng internet komunikasi berdiri pusat perintah/arahan nama hos bergantung kepada konsep dan bidang bergantung kepada konsep dan bidangIstilah16.01.2012
two years jail sentence for each of 3 counts of corrupt praticeshukuman penjara selama dua tahun bagi setiap 3 kali suapan rasuahLain-lain20.06.2008
Mohon dapat meberikan terjemahan istilah dalam bidang IT berikut dalam Bahasa Melayu : "RSS Feeds", saya telah cadangkan "pengisian RSS" tapi tidak dapat diterima oleh rakan saya. Saya telah pun semak dalam kamus DBP tetapi jawapannya tidak seperti yang dikehendaki, sekian terima kasih.

Berdasarkan sumber rujukan kami, belum ada lagi padanan bagi istilah RSS Feeds, walau bagaimanapun dalam bidang komputer padanan feed ialah suapan. Oleh itu, kami mencadangkan Suapan RSS bagi istilah RSS Feeds.

Istilah10.11.2010
Assalamualaikum saudara, Nama saya Mohd Ayub dan saya seorang pelajar Bahasa Inggeris di Universiti Stevens di York Baru, Amerika Syarikat. Saya sedang membuat kajian terhadap laman web Mukabuku dan saya ingin tahu bagaimana saya boleh terjemaahkan perkataan 'News Feed' yang sering digunakan oleh Mukabuku. Pada permulaannya, saya guna perkataan 'Berita Makanan', tapi jelas, itu bukan kata Bahasa Melayu yang tepat dan lazim digunakan. Pertolongan tuan amat dihargai, Sekian, Mohd Ayub bin Ladin Pelajar PhD Universiti Stevens York Baru Amerika SyarikatUntuk makluman tidak ada istilah khusus untuk News Feed. Walau bagaimanapun dalam bidang teknologi maklumat, istilah "feed" diterjemahkan sebagai suapan.   Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk news feed ialah suapan berita.Istilah10.04.2012
Apakah terjemahan atau cadangan terjemahan bagi perkataan 'infeed'? Menurut Oxford Dictionaries, infeed (NOUN) mass noun 1 The action or process of supplying material to a machine. 1.1 count noun A mechanism which supplies material to a machine. Contoh ayat daripada Merriam-Webster: bottles go into the infeed of washing machine Terima kasih.Tiada istilah yang khusus untuk perkataan 'infeed' dalam bahasa Melayu. Namun dicadangkan perkataan 'suapan' yang bermaksud tindakan membekalkan mesin dengan bahan yang akan dikerjakan.

Terima kasih.
Istilah11.07.2017
istilah kejuruteraan bagi- a) Condensate Filter b) Hydrogen Bullet c) Off Gas d) Accumulator e) solvent Feedstock f) Circulation g) Circulating h) Return Line Filter i) Top Circulating Reflux j) Colh front Cooler selain itu pengesahan bagi preheater sama ada prapemanas ataupun pemanas awal Terima kasih atas maklum balas yang bakal diberikan.

Puan,

Padanan istilah adalah seperti yang berikut:

i. turas peluwap ii. peluru hidrogen iii. tutup gas iv. penumpuk v. pelarut suapan vii. peredaran viii. edaran ix. turas garis balik x. refluks edaran atas  xi. perenggan dingin/sejuk xii. prapemanas

Istilah27.08.2010
12

Kembali ke atas